Friday, November 25, 2011

Sulok Belingkong

Assalammualaikum..

syuh2...aduh banyak sarang dah kat dalam blog aku yang sememangnya usang nie...seminggu kot dah gatal2 tangan menaip kat sini...yelah, apabila cuti semester dah berakhir, dan semester baru telah menunjukkan rupa nak tak nak terpaksalah meninggalkan segala macam bende kat umah nie, xpecially abang streamyx yang membolehkan aku mengupdate entry kat blog nie hari-hari...

tajuk entry kali nie...apa yang korang pikirkan tentang SULOK BELINGKONG nie..mak aih nama apa nie..dush2 sambil menumbuk-numbuk pipi dan perut sebab tak tau apa itu SULOK BELINGKONG...hah inilah dia nama kolej kediaman aku untuk satu sem nie..pelik dan sangat menakutkan...for ur information KOLEJ SULOK BELINGKONG(SB) ini merupakan kolej bongsu kat UiTM Kampus Segamat nie..kira kolej paling latest, paling besar biliknya, paling lain dari yang lain dan paling penting penting paling tinggi antara kolej-kolej yang lain...sebab apa paling tinggi sebab ianya sedikit berbukit..actually nama Sulok Belingkong nie adalah salah satu nama keris...sama juga macam nama-nama kolej yang ada kat UiTM JOHOR nie...antaranya SEMPANA RIAU, TAMING SARI, SI MANJA KINI dan SEMPANA ALAM BUANA..takut x anda mendengarnya...mula-mula tu agak pelik dan terkejut lah mendengar nama-nama kolej tersebut...tapi lama-lama ianya menjadikan kolej-kolej itu sangat unik...

kan korang dah tau masalah kolej aku sebelum nie yang telah diisytiharkan GAGAL..maka pada hari Ahad yang hening itu aku telah menggagahkan diri bangun pagi-pagi semata-mata nak gi buat rayuan kolej..lepas je sesi interview yang membuatkan aku menggigil satu badan ditambah dengan aircond dibilik pegawai tersebut dibuka semaksimum mungkin...akhirnya aku layak bergelar penghuni SULOK BELINGKONG...

disebabkan kolej nie baru je satu sem beroperasi dan tak sampai setengah tahun pun lagi, maka keadaan disini sangat lah tip top..boleh diibaratkan umpama hotel 5 star..huahua...sangat lah berpuas hati dapat kolej nie...menjadi idaman ramai kot..yelah dah nama pun kolej baru, maka banyaklah infrastruktur yang ada kat kolej nie tapi x der kat kolej-kolej yang lain..

yang aku suka pasal kolej nie...
-lorong yang menghubungkan antara bilik adalah kecil dan menarik sebab nampak macam situasi kat hotel
-bilik yang sangat luas sehinggakan tak menggunakan katil double decker..walaupun still empat orang satu bilik, namun keluasannya masih lagi luas...so x payah lah berebut-rebut nak tido atas lah, tak boleh tidur atas lah sebab gayat..grr..
-every meja studi ada lampu stadi sendiri...setiap katil juga ada lampu sendiri...bayangkan dalam bilik ada dua ketul kipas, empat helai lampu kalimantang yang panjang, empat buah lampu kalimantang yang pendek..jadinya ianya x menggangu orang yang nak tido dengan orang yang nak jadi burung hantu di waktu malam...
-bilik aku juga mengadap sedikit hutan, dan nampaklah pemandangan yang indah sekitar kampus...yang pasti kalau duduk kat kolej lama dulu memang tak kan dapan lihat pemandangan yang indah seperti disini...
-bilik air kat sini sangatlah cantik berbanding kat kolej dulu tu..dengan setiap shower ada tempat ambil air sembahyang..
-kat sebelah bilik aku adalah tempat ambil air sembahyang nie, so senang keluar bilik dah boleh amik air sembahyang tanpa perlu ke toilet...

yang x best:
-sangatlah jauh dari kelas..lebih lagi kalau kelas tu kat atas kayangan..huh..naik turun tangga...
-x der air water dispenser kat setiap level..nak amik air kena turun ground floor...
-laluan alternatif yang telah ditanam pokok...jeles betul pihak UiTM bila kami menggunakan jalan itu..
-kolej yang paling sunyi sepi...dapat rakana kesunyiannya..bayangkanlah keluar bilik langsung x der dengar sepatah suara pun..x macam kolej SR ngan TS...keluar bilik je dah riuh rendah...
-jauh dari tempat makan...boleh diibarat pegi makan lapar, balik bakan lapar balik...
-kolej paling dikaal ketat...sebabnya satu-satunya kolej yang ada siswa dan siswi..

almariku

pemandangan dari bilik-Perpustakaan Tun Dr Ismail

katil yang empuk

susun kasut bawah katil

meja studi untuk merealisaikan impian dapat dekan sem nie

by the way, hati sangat bersyukur kerana dikurniakan tempat berteduh untuk satu sem nie...hope sem depan dapatlah kolej nie lagi..Amin..wassalam

No comments:

Post a Comment