Monday, May 6, 2013

Demokrasi. PRU13. Pengundi Kali Pertama. Harapan

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, rakyat Malaysia sekali lagi telah menjalankan tanggungjawab kepada negara sebagai pengundi. Kira-kira 80% pengundi dari 12.9 Juta pengundi berdaftar telah menjalankan amanah untuk bangsa, agama dan negara. 

Dengan adanya pilihanraya umum ini, maka jelaslah demokrasi masih subur di Malaysia. Jika ada pihak cuba mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), mereka juga harus sedar yang mereka juga memenangi banyak kerusi tak kiralah Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Apapun keputusan rasmi telah dikeluarkan. Barisan Nasional telah menjadi kerajaan ke 13 untuk Malaysia. Usahlah pertikaikan lagi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Kepada Pakatan Rakyat, tahniah juga kerana telah dapat sekali lagi mentadbir negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Ini secara jelas telah membuktikan demokrasi terus subur di Malaysia

Alhamdulillah juga kerana aku buat pertama kalinya menjadi pengundi untuk menentukan masa depan negara. Perasaan bangga kerana hari ini aku sedar aku bukan sekadar rakyat, tapi aku antara pemain peranan menentukan masa depan negara. Bila kali pertama nie, macam-macam perasaan timbul. Sampaikan jantung aku berdegup bila nak memangkah kat kertas undi. Masa tu berfikir, inilah pilihan aku, semoga Allah Meredhainya. Bila keputusan diumumkan juga, aku redha dengan siapa yang memenanginya. Inilah demokrasi, takkan semua akan menang, takkan semua akan kalah. 

Sebagai rakyat Malaysia, aku berharap Yang Berhormat- Yang Behormat baru yang dilantik untuk PRU13 ini dapat menunaikan manifesto dan juga dapat menunaikan segala janji yang ditaburkan sepanjang berkempen tak kiralah anda dari dacing, bulan, bulan sabit, roket atau cawan. Janji itu satu amanah.

Aku secara peribadi berharap, marilah kita sama-sama membangunkan Malaysia. Tak kiralah anda datang dari ideologi politik berbeza. Sepatutnya, ianya bukan pemisah. Semoga Malaysia terus aman dan makmur seterusnya merealisasikan impian menjadi negera maju 2020.

Jumpa lagi pada PRU14 yang pastinya lagi sengit dan mencabar.

-Better Nation

No comments:

Post a Comment