Saturday, June 15, 2013

e-masalah teknologi

Assalammualaikum...


Dunia hari ini bergerak pantas disebabkan teknologi. Kepantasan teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin senang dan bergerak pantas seiring dengan kemajuan. Keunggulan jalur lebar telah membolehkan manusia berhubung sesama mereka tanpa sempadan. Hari ini, nenek di kampung, ibu dibandar, kawan di luar negara dapat berhubungan dengan adanya teknologi dan jalur lebar. Facebook hari ini mempunyai kira-kira 500 juta pengguna aktif. Inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.

Dalam teknologi menjadi wadah dalam pembangunan, perhubungan dan kemajuan, manusia tidak terlepas dari sifat 'bermasalah'. Walaupun teknologi dianggap sebagai BAIK untuk semua, tetapi bila ada sebahagian manusia yang menggunakan teknologi sebagai wadah untuk menghancurkan orang lain, masyarakat dan lebih menakutkan ialah dunia.



Kecurian identiti hari ini banyak berlaku. Tak kiralah dari kecurian identiti di Facebook mahupun kad kredit. Penjenayah hari ini lebih bijak dan pandai menggunakan teknologi sehinggakan dapat memusnahkan hidup seorang insan. Seseorang boleh diisytiharkan muflis jika penjenayah siber ini terus berbeluasa. Selain itu, kita juga dimestikan untuk mengetahui laman web yang selamat. Salah satu cara ialah dengan memastikan ada tanda 'https'.

Selain itu, kita sering terlepas pandang dengan perisian, video dan MP3 yang kita muat turun dari laman web. Perisian yang didapati secara percuma biasa adalah melanggar peraturan hak cipta. Hal ini bukan sahaja melanggar hak cipta, tapi seolah-olah mencuri kreativiti dan penat lelah oarang yang menghasilkan sesbuah produk atau karya.

Hari ini, saya boleh menulis tanpa ada halangan. Saya boleh menyuarakan pendapat dan sebagainya menerusi blog yang dimiliki. Tapi tahukah anda, ada terdapat ramai blogger yang selalunya tidak mendedahkan identiti mereka menggunakan blog sebagi medan menabur fitnah, menyampaikan berita tidak beretika juga menjadikan blog mereka menyebarkan video dan gambar-gambar porno.

Oleh itu, sebagai pengguna teknologi maklumat yang tanpa sempadan ini, marilah kita menanam sifat menjadi pengguna yang beretika.

-Selamat berteknologi.
*produce for 1Citizen


No comments:

Post a Comment