Saturday, March 23, 2013

UiTM dan Ranking

Assalammualaikum.

Belum terlambat rasanya nak mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kepada yang tidak berjaya teruskan usaha anda. Selagi anda tak berputus asa pasti ada jalan untuk perbaikinya. Kerajaan dah sediakan berbagai peluang pelajaran dari universti sampailah keperingkat kemahiran. Apa yang perlu adalah SEDIKIT usaha dari kalian.

Kepada yang berjaya dengan keputusan cemerlang, mesti telah berkira-kira ingin menyambung pengajian di mana. Saya pasti ramai yang dah isi borang masuk matrikulasi, politeknik dan UPU. Pesan saya yang dah ada SEDIKIT pengalaman ni, pilihlah pengajian yang sesuai dengan keputusan SPM anda. Selalunya, setiap kursus mempunyai requirement yang berbeza-beza. Sebab tu jugalah setiap tahun Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan Program Jom Masuk U. Program ni untuk membantu kecenderungan bakal-bakal mahasiswa memilih kursus yang betul disamping keputusan SPM mereka.

So, mesti korang semua perlu memilih kursus juga Universiti mana korang nak sambung belajar kan. Sebenarnya mana-mana Universiti sama je. Yang membezakannya adalah outputnya iaitu anda sendiri. Jika anda keluar sebagai yang berjaya maksudnya Universiti itu berjaya. Begitu juga sebaliknya. Hari ni nak share sikit lah pasal ranking Universiti kat Malaysia ni yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings 2012/13" (topuniversities.com) untuk tahun 2012/13:


  1. Universiti Malaya (UM), kedudukan ke 156 dunia 35 dalam asian
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kedudukan ke 261 dunia 58 dalam asia
  3. Universiti Sains Malaysia (USM), kedudukan ke 326 dunia  63 asian
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kedudukan ke 358 dunia 
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM), kedudukan ke 360 dunia 
  6. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak
  8. Multimedia University
  9. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  10. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  11. Limkokwing University of Creative Technology
  12. Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar)
  15. Universiti Utara Malaysia (UUM)

So, ada tak antara Universiti di atas ni menjadi pilihan anda ketika membuat pilihan di UPU. Entry ni sebenarnya aku nak menyentuh sikit pasal UiTM *maklumlah student UiTM. Walaupun UiTM berada di ranking ke sembilan, tapi masih boleh dibanggakan sebab UiTM bukanlah Universiti Penyelidikan.

Pelbagai program dilaksanakan UiTM untuk menjadikan UiTM world class university mengikut acuan sendiri. Hari ini Program seperti 'Mengubah Destini Anak Bangsa' MDAB mendapat sambutan menggalakan. Expo Selangkang Ke UiTM juga telah membuka mata bakal mahasiswa untuk menjadikan UiTM sebagai pilihan mereka.

Pilihan ditangan anda. Anda hanya perlu memilih yang terbaik dalam hidup anda. Yang terbaik tak semestinya terbaik untuk anda. Jadikanlah UiTM pilihan nombor satu anda. 

p/s- kepada yang ada masalah atau nak minta bantuan isi UPU boleh email atau tinggalkan komen

-UiTM Di Hatiku

No comments:

Post a Comment