Saturday, March 2, 2013

Aksesori paling berharga dalam hidup

Assalammualaikum.

Jam merupakan aksesori yang wajib ada pada tangan aku bila keluar rumah. Kalau tak ada jam kat tangan mulalah lah rasa tak ada mood nak jalan-jalan. Dalam kereta asyik pikirkan jam je. Pelikkan. Tapi, itulah aku. Bagi aku masa tu sangat lah beharga. 24 Jam sehari kadang-kadang rasa macam tak sempat je buat semua benda (padahal tidur je lebih). Lagi-lagi kalau minggu-minggu peperiksaan. Masa tu macam sikit je. Kadang-kadang nak pergi makan pown rushing macam hape. Sebab tu bagi aku jam ni sangatlah penting dalam hidup aku. Aku adalah seorang yang menepati masa atau dalam bahasa mat salleh guna 'punctual'. Tanyalah exco-exco aku dulu. Kalau meeting pukul 8.30 malam aku mesti dah ada before that time. Bagi aku biar aku tunggu orang jangan orang tunggu aku. Walaupun kadang-kadang menunggu orang tu sangatlah menyakitkan jiwa dan raga.


So, untuk entry kali nie aku nak share beberapa buah jam yang aku pernah pakai dan menjadi peneman setia aku dari dulu sampai sekarang.




Jam atas ni LED. Tekan punat dia barulah keluar pukul berapa. Inilah sebab utama aku beli jam ni. Unik dan jimat bateri. Dari aku beli around tahun 2007 sampai lah hari ni masih berfungsi. Tak tukar bateri lagi. Tapi disebabkan talinya dah terputus aku dah tak guna jam nie. Hantar kedai pun dorang tak tau macam mana lagi nak masukkan talinya. Sebab aku tengok pun ianya memang susah nak masukkan.


Lepas Jam LED sebelum nie. Aku beli pulak yang nie. Jam paling unik bagi aku. Iyalah, bila aku pakai mesti berebut-rebut orang tanya macam mana nak tengok jam aku ni. Kadang-kadang siap buat demonstrasi berkali-kali sebab ada yang masih tak paham macam mana nak tengok waktu jam aku ni. Sampai hari ni jam nie masih elok lagi. Untuk pengetahuan juga, dibeli melalui internet. Inilah juga barang pertama yang aku beli melalui internet. Hasilnya, tidak mengecewakan langsung.


The latest watch yang aku beli. Setelah sekian lama pakai digital watch, aku beralih arah pula kepada jam guna jarum ni. Tapi ada lah digital sikit kat bawah nun. First time tengok jam nie terus tertarik. Sebab utama aku tukar jam adalah sebab nak nampak kelainan. Then, bagi aku sudah tiba masanya aku menjadi lebih matured *aicehh. Yelah, kalau tengok dua jam kat atas tu, macam kanak-kanak ribena punya jam je kan. Ada lampu-lampu. So, aku rasa sudah tiba masanya aku bertukar angin. 

Itulah sahaja sedikit info tentang aksesori paling beharga dalam hidup aku.


-Kalau suka like :)

No comments:

Post a Comment