Wednesday, February 27, 2013

Sebuah lagi perjalanan

23 Februari 2013

Bermulalah setapak lagi perjalanan menuju sebuah kejayaan. Permulaan perjalanan sebagai seorang pelajar baru Ijazah Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian) atau dalam bahasa scientificnya Bachelor (Hons) in Accountancy. Perjalanan baru yang pastinya lebih sukar dengan -silibus-silibus yang semakin mencabar. Yang pasti, ianya akan menjadi lebih sukar dari diploma dahulu.

Alhamdulillah, proses pendaftaran yang dah selesai tanpa masalah yang rumit. Cumanya bermula degree ni aku kena lebih berdikari. Sebabnya, kampus UiTM Segamat tidaklah menawarkan kolej kepada pelajar Ijazah. So, terpaksalah duduk rumah sewa. Bersyukur juga kerana dapatlah duduk serumah dengan geng-geng sama kos. Jadi senanglah nak study, assignment group dan yang paling penting homework. hehe

Selesai juga, pemilihan kelas juga pengecualian credit. Iyalah, aku kan dari Diploma Perakaunan. Takkan nak ulang balik belajar subjek-subjek yang sama. Seperti sedia maklum kos degree UiTM ada 8 semester. Tetapi bila dah tansfer semua credit tu teruslah melompat ke semester 4. InsyaAllah hope dapat grad on time dengan CGPA 3.00 and above.



Setiap kali masuk semester baru, aku mesti berazam mendapat Anugerah Dekan. Tidak terkecuali untuk yang kali ini. Aku akan cuba sedaya upaya mendapat Anugerah Dekan juga. Mungkin ianya sukar tapi ianya bukanlah suatu yang mustahil. Selain itu, azam aku untuk kuruskan leher dan badan. haha. Sejak-sejak cuti yang agak panjang ni, kejenya tak lain tak bukan melantak je. Sampai semua kawan aku cakap aku dah gemuk. Takpe-takpe, naik semester baru ni memang aku akan kurangkan makan.

Demi sebuah perjalanan baru ini, pastinya akan memberikan sebuah slot terindah sepanjang hidup. Sebuah slot kehidupan yang pastinya mencabar. Aku berharap, segala ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan bukan sahaja untuk aku, tapi untuk orang-orang sekeliling aku.

-wish me luck

p/s- kalau suka like :)


No comments:

Post a Comment