Monday, March 24, 2014

Pergimu...

8 Mac 2014

Pergimu membawa manusia yang pelbagai,
meneruskan rutin sebagai penambung manusia dan barang,
12.40 pagi pergimu meninggalkan landasan,
Pergimu diiringi doa keluarga setiap penumpang,
Mengharapkan keluarga mereka akan pulang dan berpelukan,

1.37 pagi kamu pergi entah kemana,
Seluruh dunia gempar keranamu,
Seluruh dunia berdoa untukmu,
Seluruh dunia mengharap kepulangan,
Ahli keluarga penumpangmu mengharapkan menemuimu,

Hari berganti hari,
Banyak aset negara mencarimu,
Baik dilautan luas,
Baik di langit membiru,
Spekulasi mengenai mu sentiasa meniti dibibir,
Tidak kira di hotel 5 bintang,
Mahupun warong tepi jalan.
Setiap orang membuat andaian mengenaimu.

24 Mac 2014

Selepas 17 hari dengan pelbagai usaha mencarimu,
pelbagai analisis telah diteliti,
Alatan canggih telah disemak,
Malam yang hening dan suram,
Buat keluarga ahli penumpangmu,
Buat dunia yang sentiasa menantimu,
Akhirnya,
Konklusi menyatakan perjalanan kamu berakhir
Dilautan paling sunyi,
Dilautan paling dalam
Dilautan terpencil,
Lautan Hindi

Kami masih berdoa keajaiban buatmu,
kami inginkan sebuah keyakinan,
kami inginkan kepastian dirimu.
Jika dilaut kamu apunglah,
Jika didarat kamu tunjukkalah dirimu,
Jika diudara kembalilah kelaluan asalmu,

MH370 kami masih menantimu,
Tunjukkanlah dirimu dengan apa cara pun,
Biar kami tenang,
Biar keluarga redha.

fahmiaziz
11.58am
25/03/2014

No comments:

Post a Comment