Sunday, March 16, 2014

Nikmat tuhanmu yang mana satukah yang kamu ingin dustakan?

Assalamualaikum...

Hampir 3 bulan bumi bertuah ini kontang. Hari demi hari rakyatnya berdoa tanpa jemu kerana rindukan hujan. Tanaman menjadi kering, sungai dan takungan menjadi kontang dan peningkatan jumlah kebakaran. Benarlah seluruh rakyat berasa gelisah. Catuan air dibeberapa buah daerah termasuklah di Kluang menjejaskan aktiviti seharian. Manusia boleh hidup tanpak bekalan elektrik, tetapi hidup manusia lebih sukar jika tiada sumber air yang bersih.

Pelbagai usaha, doa dan serahan diri kepada Allah semoga diturunkan hujan. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pembenihan awan.

Akhirnya, penantian hamba-hambanya yang kerdil berakhir. Dari semalam membawa kehari ini hujan boleh dikatakan turun diseluruh pelosok negara. Rindunya bau hujan, rindunya untuk merasai dinginnya terkena titisan hujan. Alhamdulillah.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tak akan menguji hambanya dengan panas jika mereka tidak mampu. Hakikatnya, kita mampu mengharungi dugaan sepanjang musim panas.

Benarlah Allah berulang kali mengingatkan dalam surah Ar-Rahman, NIKMAT TUHAN MANA SATUKAH YANG KAMU INGIN DUSTAKA?

Panas, hujan, salji itu semua rahmat Allah yang wajib kita syukuri...


No comments:

Post a Comment