Thursday, September 5, 2013

Mana hilangnya Ketamadunan kita

Assalammualaikum...

Kehebatan dan kecanggihan teknologi tidak mampu lagi mengubah pemikiran dan mentaliti rakyat Malaysia. Bila sesuatu isu baru timbul, semuanya hendak dipolitikkan. Tidak kiralah dari pihak yang kanan mahupun berhaluan kiri. Mereka hanyalah bercakap sesedap tangan untuk menaip. Hilangnya rasa hormat kepada orang lain. Yang mereka tahu hanyalah mempertahankan parti dan pemimpin mereka.

Gelaran-gelaran buruk sering dilemparkan. Umpamanya, yang mereka perkatakan itu bukanlah rakyat Malaysia. Yang boleh di perlekeh. Kata-kata cacian dan kesat sering dapat dilihat di media sosial terutamanya Facebook dan Twitter bila isu-isu baru timbul. Contoh paling terdekat adalah bila kerajaan menurunkan subsidi petrol sebanyak 20 sen untuk RON95 dan Diesel. Sepanjang malam membawa kepada keesokan harinya, menghentam, memaki seperti tiada ketamadunan dalam diri. Di mana letaknya nilai ketimuran dalam diri rakyat Malaysia hari ni.

Bila kita berbicara tentang adab ketimuran, bahasa juga merupakan salah satu elemen yang negara lain kagum. Pantun misalnya, mengajar orang melau mengkritik secara halus. Tapi pantun bukanlah pilihan terbaik. Cumanya, nenek moyang kita sudah mendidik untuk bercakap dengan penuh adab dan tatasusila. Dalam ikrar rukun negara juga ada sebut mengenai perkara ini. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Dimana sopannya kita. Dimana susilanya kita. Fikir-fikirkan.

Ya, aku percaya. Meniti Malaysia menjadi sebuah negara maju kelak. Pemikiran terbuka dan berterus terang tidak dapat lari dari setiap rakyat. Walaupun sifat berterus terang itu kadang kala amat menyakitkan. Tapi sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia harus pandai dan reti menggunankan bahasa yang betul. Sekurang-kurangnya perang di alam maya tidak kan berlaku.

gambar sekadar hiasan
Perkataan Macai banyak dah digunakan tak kiralah dari pihak yang menyokong dan menentang. Dalam Kamus Dewan pun perkataan macai tidaklah wujud sama sekali. Mana datangnya perkataan ini.

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.
(rujukan ipohmalay.blogspot.com.my)

Kesahihannya masih lagi tidak dapat diterima. Yelah, Kamus Dewan pun belum masukkan lagi maksud sebenar perkataan ini. Tapi berdasarkan apa yang berlaku, aku boleh katakan yang Macai tu membawa maksud orang suruhan. So, hari ini, orang melayu sendiri memacaikan antara satu sama lain. Pelik bukan.

Jika inilah yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Kita sebenrnya bukan makin maju, tapi kita masih mundur dari segi pemikiran. Tidak kiralah anda dari parti mana. Anda perlu sedar dan bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda keutarakan. Berilah peluang dan ruang, untuk kita berfikir. Tunjukkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Malaysia hakikatnya boleh terus aman, jika kita melupakan perbezaan.

-wassalam

3 comments:

  1. kita sepatutnye menunjukkan budaya dan bahasa yan baik , bukan kata hinaan dan cacian walaupun berbeza fahaman dan idealogi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. betul tu. mana hilangnya tradisi ketimuran kita. bahasanya, budayanya

      Delete
  2. suka dgn gaya bahasa kau . Keep it up :)

    ReplyDelete