Wednesday, April 29, 2020

Norma Baharu: Adakah kita sudah bersedia?

Assalammualaikum,

Hari ni ketika aku menulis entry baru ni, kita sudah memasuki fasa ke empat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Pasti ramai dah merindui untuk keluar rumah, lepak dengan kawan-kawan, pergi pejabat dan sebagainya. Aku pun macam tu, aku dah rasa tak normal duduk bilik je. Tak jumpa orang, tak jumpa family, tak dapat pergi jogging. Okay tipu je yang jogging tu. Tak PKP boleh kira berapa banyak kali je aku jogging. Hahaha. Sejak PKP ni, kita ada dengar satu term baru disebut-sebut. "NEW NORMAL". Aku cuba translate dalam BM. Bunyinya mungkin Kebiasaan Baharu. Tapi mungkin lebih tepat Norma Baharu. Canggih kan ayat. Take note yang nak buat karangan SPM ni, gunalah bahasa kebabom meletop sampai pemeriksa ternganga nak cari kamus cari maksud. Hehehe.

Pertamanya, bila kita bercakap pasal Norma Baharu ni, dah nama pun baru kan mestilah badan rasa terkejut, otak rasa kejung sekejap memikirkan apekebendanya norma baharu ni. Ye lah, apabila kita dah terbiasa dengan sesuatu perkara kita dah susah nak ubah. Contohnya, Pergi ziarah orang, kita akan salam tangan orang. Kalau kanak-kanak kita ajar untuk cium tangan. Norma baharu, kita dah tak boleh nak salam cium tangan lagi. Adakah kita sudah bersedia nak terangkan dekat anak-anak kecil kenapa mereka tak boleh lagi salam cium tangan orang yang lebih tua?. Adakah kita sudah bersedia?

Keduanya, berkenaan dengan social distancing atau penjarakan sosial. Bila kita pergi kedai makan, benda ni akan jadi sangan awkward. Like you cannot seat sebelah menyebelah. If pergi makan dengan awek berdua je memang lah ada social distancing tu. Cuba kalau pergi ramai-ramai dengan famili. Kau dengan anak kecik pun kenal jarak satu meter. Nak suap pun kena hulur tangan panjang sikit. Itu contoh je. Sebab dekat rumah kita takda pun amalkan social distancing ni kan. Kan. Kedai makan mesti menjadi sangat bingit sebab semua orang meninggikan sedikit suara akibat dari duduk yang jarak-jarak. Adakah kita sudah bersedia?

Ketiganya, norma baharu di pusat membeli belah. Setakat hari ni, hanya pasaraya yang dibuka untuk menampung pembelian bekalan makanan. Sekarang ni, kebanyakan pasaraya sudah ada SOP pencegahan Covid-19 ni. Antara yang aku perhati, mereka melimitkan berapa ramai orang boleh berada dalam pasaraya mereka. Sebab tu, nak masuk pasaraya kena beratur panjang. Maybe, pembelian barang dapur masa normal day mengambil masa hanya sejam, tapi kali ni boleh mencecah 2 ke 3 jam sebab beratur je. But, rakyat Malaysia don't care. Apa yang penting, dapat barang untuk buat sagu gula melaka dengan buttermilk chicken ala Jibril masa berbuka puasa. Ini baru masa PKP, yang ramai lagi masih takut nak keluar rumah pergi beli groceries. Cuba bayangkan PKP ni berakhir, pasti jumlah orang ke pasaraya meningkat. Masa ni, dari 2 3 jam maybe jadi 4 5 jam sahaja nak beli barang keperluan harian. Adakah kita sudah bersedia?

Keempatnya, norma baharu di surau dan di masjid. Seperti yang kita tahu, lama dah masjid dan surau ditutup sejak dari sebelum PKP lagi. Solat jumaat dibatalkan dan paling sedih apabila kita tak dapat lagi merasai terawih berjemaah tahun ini. Selepas ini, akan terdapat satu SOP baru yang akan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) bagi mengawal menularan wabak Covid-19. Mungkin lepas ni, tiada lagi seruan, rapatkan saf sebab kita kena solat berjemaah tetapi ada renggang diantara makmum. Adakah kita sudah bersedia?

Akhirnya, bersedia ataupun tidak. Kita pasti perlu melalui norma baharu ni. Suka atau pun tida, kita kena terima hakikat yang Covid-19 belum berakhir sepenuhnya sehingga vaksin ditemui. Sehingga itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga, agar dapat mengurangkan penularan wabak penyakit yang boleh ditakrifkan sebagai epitom norma baharu.

Semoga kita sentiasa terpelihara, stay safe.




No comments:

Post a Comment