Saturday, July 10, 2021

Hidup selepas 18 Mac 2020

 Assalammualaikum Semua,

Ye, lama dah aku tak menulis untuk blog aku yang sendu sedan ini. Tetiba terasa nak menulis pulak lepas setahun lebih since my last entry pasal Drama Korea tu. Oh ye, masa aku menulis ni aku tengah layan drama Mine. For starting okay lah, maybe dia cerita pasal family kot. Sebab aku tak suka sangat tengok cerita-cerita cinta yang cringe tu. Hehehe. Aku harap korang yang sedang membaca ni sihat hendaknya, dalam mendepani hari-hari yang sangat mencabar ni. 

Dah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu yang serba serbi baru. Nak masuk mall kena beratur, kena ambil suhu. Nak keluar rumah kena pakai mask. Dan most of the office dengan new working environment work from home. Selepas setahun, kita mungkin boleh terima dengan benda-benda baru ni. Tapi hakikatnya, ini bukan lah dunia yang bebas jadinya. Kita sendiri tak tahu bila semua pandemik ini akan berakhir. 

Hidup selepas 18 Mac 2020 banyak merubah cara kita hidup. Mak ayah terpaksa membantu pembelajaran PDPR anak-anak dirumah sedangkan mereka juga ada kerja hakiki yang perlu dibuat. Belum lagi jika ada keluarga yang kurang berkempuan untuk membeli gajet untuk sesi PDPR.  Selepas 18 Mac 2020, segalanya berubah. Apa yang kita nikmati sebelum ini, segalanya berubah 360 darjah.

Setahun lebih yang sangat mencabar untuk semua orang. Ada yang hilang mata pencarian. Ada juga kehilangn orang tersayang. Setiap orang ada struggle mereka. At one point, ada yang sampai berputus asa sehingga membunuh diri. Ini fakta selepas 18 Mac 2020. 

Kadang-kadang kita rindu small little things yang buat kita happy sebelum this pandemic. Macam Enjoy lepak mamak sampai 2 - 3 pagi, boleh pergi cafe hunting minum coffee sambil baca buku, boleh lunch ramai-ramai dengan officemate, weekend pulak boleh balik kampung, boleh pergi staycation dan yang paling penting boleh menghirup udara segar tanpa pelitup muka. 

Setahun lebih dah kita hidup dengan Covid 19 dan masih lagi ada disekeliling kita. Semalam sahaja kes baru memcecah 9000 kes. Ramai dah give up, ramai yang marah sana-sini. Aku harap, masih ada secebis perkara positif yang korang fikirkan. Semua orang terkesan. Kita marah macam mana dekat media sosial pun, kita tak punya kuasa. Buat sakit hati, buat sakit otak. The least kita boleh buat, just be positif selalu. Make us happy, buat orang sekeliling kita happy. One day ianya akan berakhir, cumanya kita tak tahu bila. 

Untuk aku, setahun lebih ni sangat mencabar. Aku boleh kira berapa kali je aku balik kampung jumpa mak abah. Berbanding dua kali sebulan at least aku balik kampung. Rutin harian, bangun pagi kerja sampai petang or malam (if closing) lepastu tidur. Macam tu je lah rutin kalau tak keluar pergi jogging or beriadah. Sometimes ada juga lah rasa down, rasa tepu, rasa apa benda aku buat ni. Kadang susah nak tidur, kadang tetiba rasa sedih. Aku bersyukur sebab most of the time aku dapat control benda-benda tu supaya tak distract terlalu lama. Kadang-kadang orang lelaki ni kena turunkan ego sikit untuk menangis. Lepas nangis tu kau akan rasa lega-seleganya. Percaya lah. Tapi if korang tak mampu, just find someone yang boleh korang luahkan. Jangan bebankan sorang-sorang. Ramai yang boleh membantu.

Aku berharap, buat siapa pun yang baca entri ini, korang berada dalam keadaan baik. Ingat, Allah sentiasa ada dengan kita. Susah senang kita. Mohonlah, doalah. If ada antara korang memerlukan bantuan, jangan malu. Make a call dengan orang terdekat, dengan aku pun boleh. Mana yang aku boleh tolong aku tolong. 

Cukuplah sampai sini je. Jaga diri semua, jaga kesihatan mental dan fizikal. Semoga wabak Covid 19 ni cepat-cepat pergi.


Friday, August 21, 2020

KOREAN DRAMA: SEKALI TERJEBAK, SELAMANYA TERJEBAK. JIN-JJA?

Assalammualaikum. Hope semua orang sihat hendaknya. Lamanya tak update apa-apa dekat blog aku ni since dari PKP hari tu. Busy sikit plus malas sebenarnya. Susah sebenarnya nak menulis ni ye. Kena cari content, kena fikir ayat. End up terbiar je blog ni. Haaa. Sekarang ni aku cuba lah nak tulis kat blog ni seminggu sekali. Doakanlah okay.

Kali ni aku nak cerita experience aku pertama kali tengok cerita Korea. Ye dulu aku memang anti dengan Korea-Korea ni. Hahahaha. Tapi terjadi minat pulak sampai boleh layan habis season. Korean Drama or Kdrama dah jadi satu fenomena dekat Malaysia ni dah bertahun lamanya. Since aku belajar lagi rasanya. Tapi, aku dulu masa uni tak minta lah Korea2 ni. Aku tengok Running Man je. Tu je rancangan Korea yang aku tengok. Masa tu, habis kelas or habis exam je mesti tengok Running Man sebab nak release stress. Kelakar weyh. Sampai aku boleh layan episode sama banyak kali kalau episode tu memang kelakar. Tapi tu masa Uni lah. Habis je terus aku tak layan Korea langsung. Yang aku tahu Kill This Love by HitamPink.

Tapiiiiiiiii sebulan lepas, aku tergerak hati nak try tengok Korea Drama dekat Netflix. Sebab aku curious apa yang best sangat drama Korea ni sampai akak-akak office ni duk bercerita tapi aku tak faham satu mende pun. Best sangat ke. Aku ni malas lah nak layan drama-drama ni. Even drama melayu pukul 7 tu pun aku tak layan. Hahaha. KDrama pertama yang aku layan dengan secara tiba-tiba adalah Itaewon Class. First episode, dah buat aku nak tengok the next episode. Sampailah aku Berjaya habiskan the whole season. Gila. Untuk seorang yang pernah mengutuk orang lain yang tengok Kdrama dan tiba-tiba je terjebak juga nak tengok. Hahaha. Sejam solid weyh satu episode. Means, aku dah habiskan 16 jam untuk tengok satu season.

Masa aku menulis ni, aku tengah layan dua lagi KDrama which is “What is love?” dan “Crash Landing on you”. Aku boleh conclude kenapa orang gila sangat dengan Korea ni. Bukan sebab pelakon dia cantik or hensem kot. Tapi more to story line dia. Bagi aku dia takdalah Drama cinta-cinta yang cringe. Or aku just cepatkan je part2 yang cringe tu. Yang aku impress dia ketengahkan culture Korea tu sendiri. Tempat-tempat menarik dekat sana. Even most of the pelakon guna phone Samsung yang tetiba juga aku macam nak guna balik Samsung. Tiba je kan. Setakat ni aku lebih suka tengok Crash Landing on you tu. Sebab pertembungan dua Negara which is Korea Utara dan Selatan. Aku ada baca some article cakap scene2 dekat North Korea tu betul berlaku. Macam electricity cut and bersenam waktu pagi tu. Scene-scene cinta2 dia pun tak lah cringe tahap dewa ya.

Crash Landing on You
                                 Salah satu scene dalam Crash Landing on You. Gambar dari CNN Indonesia

Bagi aku, industri hiburan Korea sangatlah diterima baik di seluruh dunia. Tak terkejut bila mat Salleh pun layan cerita Korea. Kdrama dan Kpop membuktikan yang Bahasa bukanlah jurang untuk industry hiburan boleh pergi internasional. Tidak perlu buat lagu berbahasa inggeris atau filem berbahasa inggeris untuk tembusi pasaran luar negara. Cukuplah sebuah hasil kerja yang baik dan segar sudah cukup untuk orang luar terima. Aku harap, industri hiburan dekat Malaysia boleh contohi Korea macam mana mereka memasarkan industry mereka sampai diterima masyarakat dunia.

Sekian untuk kali ni. Sehingga entri seterusnya.

Wednesday, April 29, 2020

Norma Baharu: Adakah kita sudah bersedia?

Assalammualaikum,

Hari ni ketika aku menulis entry baru ni, kita sudah memasuki fasa ke empat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Pasti ramai dah merindui untuk keluar rumah, lepak dengan kawan-kawan, pergi pejabat dan sebagainya. Aku pun macam tu, aku dah rasa tak normal duduk bilik je. Tak jumpa orang, tak jumpa family, tak dapat pergi jogging. Okay tipu je yang jogging tu. Tak PKP boleh kira berapa banyak kali je aku jogging. Hahaha. Sejak PKP ni, kita ada dengar satu term baru disebut-sebut. "NEW NORMAL". Aku cuba translate dalam BM. Bunyinya mungkin Kebiasaan Baharu. Tapi mungkin lebih tepat Norma Baharu. Canggih kan ayat. Take note yang nak buat karangan SPM ni, gunalah bahasa kebabom meletop sampai pemeriksa ternganga nak cari kamus cari maksud. Hehehe.

Pertamanya, bila kita bercakap pasal Norma Baharu ni, dah nama pun baru kan mestilah badan rasa terkejut, otak rasa kejung sekejap memikirkan apekebendanya norma baharu ni. Ye lah, apabila kita dah terbiasa dengan sesuatu perkara kita dah susah nak ubah. Contohnya, Pergi ziarah orang, kita akan salam tangan orang. Kalau kanak-kanak kita ajar untuk cium tangan. Norma baharu, kita dah tak boleh nak salam cium tangan lagi. Adakah kita sudah bersedia nak terangkan dekat anak-anak kecil kenapa mereka tak boleh lagi salam cium tangan orang yang lebih tua?. Adakah kita sudah bersedia?

Keduanya, berkenaan dengan social distancing atau penjarakan sosial. Bila kita pergi kedai makan, benda ni akan jadi sangan awkward. Like you cannot seat sebelah menyebelah. If pergi makan dengan awek berdua je memang lah ada social distancing tu. Cuba kalau pergi ramai-ramai dengan famili. Kau dengan anak kecik pun kenal jarak satu meter. Nak suap pun kena hulur tangan panjang sikit. Itu contoh je. Sebab dekat rumah kita takda pun amalkan social distancing ni kan. Kan. Kedai makan mesti menjadi sangat bingit sebab semua orang meninggikan sedikit suara akibat dari duduk yang jarak-jarak. Adakah kita sudah bersedia?

Ketiganya, norma baharu di pusat membeli belah. Setakat hari ni, hanya pasaraya yang dibuka untuk menampung pembelian bekalan makanan. Sekarang ni, kebanyakan pasaraya sudah ada SOP pencegahan Covid-19 ni. Antara yang aku perhati, mereka melimitkan berapa ramai orang boleh berada dalam pasaraya mereka. Sebab tu, nak masuk pasaraya kena beratur panjang. Maybe, pembelian barang dapur masa normal day mengambil masa hanya sejam, tapi kali ni boleh mencecah 2 ke 3 jam sebab beratur je. But, rakyat Malaysia don't care. Apa yang penting, dapat barang untuk buat sagu gula melaka dengan buttermilk chicken ala Jibril masa berbuka puasa. Ini baru masa PKP, yang ramai lagi masih takut nak keluar rumah pergi beli groceries. Cuba bayangkan PKP ni berakhir, pasti jumlah orang ke pasaraya meningkat. Masa ni, dari 2 3 jam maybe jadi 4 5 jam sahaja nak beli barang keperluan harian. Adakah kita sudah bersedia?

Keempatnya, norma baharu di surau dan di masjid. Seperti yang kita tahu, lama dah masjid dan surau ditutup sejak dari sebelum PKP lagi. Solat jumaat dibatalkan dan paling sedih apabila kita tak dapat lagi merasai terawih berjemaah tahun ini. Selepas ini, akan terdapat satu SOP baru yang akan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) bagi mengawal menularan wabak Covid-19. Mungkin lepas ni, tiada lagi seruan, rapatkan saf sebab kita kena solat berjemaah tetapi ada renggang diantara makmum. Adakah kita sudah bersedia?

Akhirnya, bersedia ataupun tidak. Kita pasti perlu melalui norma baharu ni. Suka atau pun tida, kita kena terima hakikat yang Covid-19 belum berakhir sepenuhnya sehingga vaksin ditemui. Sehingga itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga, agar dapat mengurangkan penularan wabak penyakit yang boleh ditakrifkan sebagai epitom norma baharu.

Semoga kita sentiasa terpelihara, stay safe.




Saturday, April 18, 2020

TikTok: Persepsi vs Realiti

Assalammualaikum,

Harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Makan tu jaga sikit. Tahu terkurung je dekat rumah. Asik kerja nak makan je. Selain makan, sejak-sejak PKP ni ramai juga yang mula install aplikasi TikTok. Jujur aku cakap, sebelum PKP aku masih takda TikTok. Dengan menganggap TikTok ni tempat-tempat orang menari yang mana aku kayu kot kalau menari. So, maleh aku nak install. Tapi, tapi, tapi, aku terinstall juga. Hahaha. Padan muka, lain kali jangan melihat luaran je. Tapi ambil lah dalaman. Dulu sebab aku tengok orang post video-video menari cringe dekat instagram. Itu salah satu punca kenapa aku tak install TikTok. Aku try install TikTok masa aku nak post video masak aku. Masatu aku teringat ada tertengok video TikTok tapi pasal dia masak. So aku try lah guna. Jujur aku cakap, this is the best platform untuk aku edit video. Senang dan pantas. Tak payah beriya video aku dah siap. Hahah.

Selepas seminggu (ye baru seminggu ye anak-anak aku install TikTok), dah mengubah mentaliti aku terhadap aplikasi TikTok ni. Pertamanya, TikTok ni bagi aku tempat untuk budak-budak muda hilangkan stress. Put aside video-video cringe. Aku bercakap pasal video-video lawak yang boleh buat aku ketawa. Dan aku percaya, each one of us ada sense of humor. Tak banyak tapi sikit tu ada. 

Keduanya, TikTok ni adalah medium untuk menunjukkan bakat. Aku paling impress yang boleh menari dan show their talent dekat TikTok. Hanya orang yang mempunyai keyakinan dan keberanian yang boleh menari dan di post untuk ditonton oleh khalayak. Disebabkan aku ni seorang yang pemalu. Cukuplah aku buat video masak-masak. Aku tahu perasaan orang yang tengok aku menari. Macam aku rasa tengok video-video cringe tu. Hehehe. Dengan adanya TikTok, kita boleh tengok bakat kawan-kawan kita. Yang kita sendiri tak sangka dia boleh buat macam tu. 

Ketiganya, TikTok ni dapatlah mengisi masa lapang budak-budak muda sekarang. Bukan senang okay nak buat video TikTok yang bagus. Kena ada effort, masa nak edit lagi plus nak dapatkan the perfect movement. Aku penah join buat TikTok dengan officemate. Masatu phone orang lain. Aku takda TikTok lagi. Video durasi 30 saat, tapi buatnya sampai 30 minit. Still tak dapat pergerakan yang perfect macam orang lain buat. Plus ada tu, yang gigih bermakeup, tukar baju segala. Then edit balik video. Nampak macam real. Tapi hakikatnya banyak kerja perlu dibuat untuk dapatkan satu video yang perfect. 

So, musim-musim PKP ni. Apa kata kalau bosan tu, korang install TikTok dan rasai pengalaman tu sendiri. Buat video dengan family ke. Kan tak boleh keluar rumah. Ouh ye, follow lah aku punya TikTok akaun. Tapi aku tak lah buat video menari-nari. Semua vidoe aku pasal aku masak benda2 yang korang pun reti. Just like I said, untuk memenuhkan masa. Edit2 sikit video. 

My TikTok akaun : @fahmiaziz1905



Till my next entry, Stay at home and stay safe everyone.

Saturday, April 4, 2020

Bekerja dari rumah (Work from home): Kelebihan atau kekurangan?

Assalammualaikum...

Hai semua, hope you guys sihat-sihat hendaknya. Lepas seminggu posting aku pasal Covid 19: Adakah kita terpenjara. Dalam entri yang lepas, aku ada cakap yang aku kerja dari rumah atau work from home (WFH). Banyak perkara yang aku perhati dan cakna sepanjang lebih dua minggu aku kerja dari rumah. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Aku ada bertanya dekat instagram, kerja dari rumah ni best ke tak. dari 125 orang yang undi, 72% cakap tak best langsung. 72% tu kena tambah satu lagi sebab aku pun tak rasa WFH ni best. Jadi dalam entri kali ini, aku nak cakap apa yang aku rasa lah dan apa yang aku perhati sepanjang WFH ni. Mungkin ada sesetengah company yang dah praktikkan WFH ni sejak sebelum PKP lagi. Sebab kawan aku ada je yang boleh WFH. Tak payah masuk office sangat. So, maybe golongan yang macam ni tak rasa sangat impact WFH tu.

Dulu masa kerja kan, aku ada terasa juga kan best kalau kerja dari rumah. Sekali-sekala je masuk office. Tapi bila dah dua minggu lebih ni, aku dah nak tukar perasaan tu. Dari aku nak kerja dekat rumah kepada baik aku kerja dekat office. Datang kerja hari-hari lagi best. Hahaha.

First, aku nak cakap pasal kebaikan dulu lah kan WFH ni. Aku rasa, WFH ni sangat sesuai untuk wanita-wanita yang bekerjaya. Sebab, bila dekat rumah, sambil kerja sambil boleh uruskan hal-hal macam masak dan basuh baju. Which is, kalau kerja di office, hanya boleh buat kerja-kerja rumah selepaf office hour contohnya malam. Kalau WFH, ibu2 boleh sambil masak dan basuh kain. Malam dah boleh rehat dan spend masa bersama keluarga. 

Keduanya, tak payah rushing menghadap jem nak pergi kerja. Iya, aku memanglah naik train pergi kerja. Tak tempuh jem pun. Aku bercakap bagi pihak yang lain. Hahaha. Kalau hari biasa, confirm terkejar-kejar nak hantar anak sekolah lah, lepas tu mengadap jem nak pergi kerja. Sebelum pergi kerja dah stress sebab jem plus dah sampai office stress pulak pasal kerja. Balik keje stress lagi sebab jem. Memang stress je memanjang kan. Jadi dengan WFH masalah stress jem ke office dapat dikurangkan dan lebih banyak masa dapat digunakan dengan perkara yang lebih berfaedah dari mengadap jem.

Sekarang kita beralih kepada kekurangan WFH. It might be banyak point berbanding kelebihan. Hehehe. Pertamanya, adalah masalah komunikasi. Iya, aku setuju dengan skype or Zoom meeting.Tapi bagi aku, komunikasi guna skype or Zoom tu kadang-kadang tak berapa berkualiti berbanding kita belajar face to face dengan orang. It just me atau orang lain mempunyai pendapat yang sama. Komunikasi akan jadi lebih lambat bila kita perlukan info itu dengan cepat. Kalau dekat office, kita boleh directly tanya person incharge atau orang yang buat kerja tu. Kita juga boleh selesaikan masalah dengan lebih baik dan cepat. Bagi aku, komunikasi dua hala yang baik adalah komunikasi yang melibatkan pancaindera mata, mulut dan telinga. Two way communication bertentang mata lebih baik dari hanya dengar suara.Itu belum lagi kalau line tiba-tiba takda, video akan lag dan terpaksa ulang banyak kali sebab the other side tak dapat dengar some point sebab isu internet perlahan.

Keduanya, you by your own. Buat kerja sorang-sorang. Dalam dunia sendiri. Takda communication. Selalunya, kalau aku stress ke, aku akan pergi kat team lain especially team SDAH. Heheh. Borak-borak, gossip-gossip dah rasa okay sikit. Baru sambung kerja. Kalau dekat rumah, dengan sorang-sorangnya. Ada problem pun just boleh tanya dekat skype, or whatsapp. Kalau dekat office, at least aku dapat tanya senior2 dan lebih faham. Sebab aku jenis susah nak faham kalau tak tunjuk depan-depan. 

Ketiganya adalah kekurangn sumber. Sumber dekat sini adalah rujukan hard copy. Iya aku boleh je cari soft copy dekat dalam sistem. Tapi bila banyak sangat tengok screen computer dari pagi sampai kepetang, kadang-kadang mata aku sakit juga. Kalau hard copy contohnya invoice, hard copy aku directly boleh nampak invoice amount, tarikh, dan description just sekali pandang je. Kalau tengok dekat screen, kena scroll dari atas sampai bawah. next page untuk attachement. Ni bagi aku je lah, sebab aku ada rabun silau. So bila tengok screen je, kadang2 jadi pening kepala. 

Cukuplah aku bagi tiga point. Aku nak tulis panjang lagi tapi malas. Hahaha. So, for me WHF ini boleh lah kalau nak apply sekali-sekala. Boleh di praktikkan. Tapi, untuk terus WFH tu adalah sangat tak munasabah. Sebab kadang-kadang kita just malas nak masuk office tapi at the same time kita nak kerja. Maybe boleh lah apply sekali dalam sebulan untuk WFH. 

Aku harap, semua orang kekal berada dirumah. Stay safe, Till the next entri.

Saturday, March 28, 2020

Covid 19: Adakah kita terpenjara?

Assalammualaikum,

Hi, dah lama aku tak menaip. Aku harap semuanya sihat dan dilindungi Allah. This is the first time aku tergerak hati nak menulis balik setelah sekian lama aku tak sentuh pun blog ni. Last entry aku tahun 2015. Masatu aku masih struggle nak habiskan degree aku. Alhamdulillah, degree aku pun dah habis few month lepas entry terakhi aku tu. Now, aku pun dah kerja.So, if you not remember me, saya lah Fahmi yang some of you datang blog aku sebab nak cari contoh rayuan kolej. Hehehe.

Aku tergerak hati nak menulis sebab aku dah buntu nak buat apa sepanjang tempoh berkurung tak boleh buat apa ni. Aku rasa, aku kena cari benda yang boleh buat aku tak stress terkongkong dalam bilik ni. Suddenly, aku teingat yang aku ada blog yang dah lama tak digunakan. Header pun dah tahun bila tu. Masa kanak-kanak ribena lagi kot. Sekarang dah makin kacak. Alhamdulillah, berkat selalu ambil air sembahyang dan beberapa produk yang turut membantu.

Well, seperti yang kita semua lalui. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk menghadkan pergerakan orang yang berada di Malaysia (tak kiralah kau rakyat Malaysia atau kau immigrant yang menetap di Malaysia atau kau tetiba ada kat Malaysia guna pintu suka hati doraemon ke) kau kena ikut arahan ni. Since 18 March 2020 sampai hari ni, banyak benda yang kita rasa rimas dengan semua ni. Aku percaya, bukan aku sorang je yang rasa. Lebih-lebih lagi yang tinggal bujang. Yang jauh dari family.

Bagi yang duduk bujang macam aku, ianya sangat sukar. Kau kena depends diri kau to the max. Kalau hari biasa, kita masih boleh berjumpa kawan-kawan office, borak-borak, membawang, lunch sama-sama. Semua tu dah tak boleh dilakukan. You by your own. Aku setuju kita boleh gunakan teknologi as a medium untuk kita berkomunikasi. Tapi dalam masa yang sama kita memerlukan interaction, memek muka, to socialise. Cuba bayangkan kita sorang-sorang hadap benda ni, while the rest boleh bersama keluarga doing something together for example buat kopi viral together with your family or love one. While you just can be at home, do it by your own and post it dekat social media. No interaction dan takda perasaan.

Rutin aku setiap hari, bangun mandi, since aku bekerja dari rumah, aku akan kerja dari 9pagi sampai 6 petang, Isnin sampai Jumaat. Aku bersyukur yang company aku masih beri gaji berbanding ada rakyat Malaysia yang menerima gaji harian. Malam aku check insta sikit, baca news dan tidur. Kadang-kadang aku rasa sangat stress dengan semua ni. Terkurung, terperangkap, tak dapat jumpa sesiapa. Duduk bilik dan buat semua perkara tadi setiap hari. Tapi, bila difikir balik, Ada orang yang lagi susah hati dari aku. Orang yang pendapatanya terjejas. Lagi kerajaan menambah lagi 14 hari tempok PKP. Apa yang boleh mereka lakukan?

Yang aku perhatikan, sepanjang PKP ini dilaksanakan. Ada banyak benda positif yang berlaku. Ibu-ibu atau isteri-isteri yang selama ni bekerja siang malam dah pandai masuk dapur. Hai kak Zaz kalau baca ni. Dia dah pandai masak weyh. Hehehe. Yang dulu mengecam orang main Tik Tok akhirnya terjebak dengan Tik Tok pun ada. Yang suami tak tahu barang-barang dapur tetiba je lepas ni pandai. Look at the brighter side, yes, kita sebenarnya boleh mencari yang positif itu. Kita mungkin terpenjara, Tapi, kita masih boleh makan yang sedap, kita masih boleh luangkan lebih masa untuk keluarga dan anak-anak. Dan yang paling penting, kita akan belajar nikmat bebas suatu hari nanti.

Hari ni, semasa aku menulis ni, ada lebih kurang 17 hari lagi sebelum perintah PKP ini berakhir. Aku berharap, kita sama-sama lah berdoa semoga PKP ini tidak dilanjutkan. Semoga wabak Covid 19 ini akan hilang dan tiada siapa dijangkiti lagi. Semoga, yang hilang punca rezeki akan dapat kembali bekerja, yang bekerja di barisan hadapan dapat berehat secukupnya dan bersama keluarga, yang keseorangan sepanjang PKP ini dapat kembali berjumpa keluarga dan rakan-rakan.

Untuk masa ini, dengarlah cakap kerajaan, duduk dirumah, stay safe with your famiy. Doalah semoga wabak ini segera berakhir. Semoga kita semua dilindungi Allah.

By the way, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan perkhidmatan kaunseling atas talian jika anda ada gejala-gejala seperti di bawah ni. 

Image

Aku doakan, kita semua dapat mengharungi hari-hari yang sukar ini dengan penuh rasa keinsafan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Take Care, Stay Safe.

Monday, March 24, 2014

Pergimu...

8 Mac 2014

Pergimu membawa manusia yang pelbagai,
meneruskan rutin sebagai penambung manusia dan barang,
12.40 pagi pergimu meninggalkan landasan,
Pergimu diiringi doa keluarga setiap penumpang,
Mengharapkan keluarga mereka akan pulang dan berpelukan,

1.37 pagi kamu pergi entah kemana,
Seluruh dunia gempar keranamu,
Seluruh dunia berdoa untukmu,
Seluruh dunia mengharap kepulangan,
Ahli keluarga penumpangmu mengharapkan menemuimu,

Hari berganti hari,
Banyak aset negara mencarimu,
Baik dilautan luas,
Baik di langit membiru,
Spekulasi mengenai mu sentiasa meniti dibibir,
Tidak kira di hotel 5 bintang,
Mahupun warong tepi jalan.
Setiap orang membuat andaian mengenaimu.

24 Mac 2014

Selepas 17 hari dengan pelbagai usaha mencarimu,
pelbagai analisis telah diteliti,
Alatan canggih telah disemak,
Malam yang hening dan suram,
Buat keluarga ahli penumpangmu,
Buat dunia yang sentiasa menantimu,
Akhirnya,
Konklusi menyatakan perjalanan kamu berakhir
Dilautan paling sunyi,
Dilautan paling dalam
Dilautan terpencil,
Lautan Hindi

Kami masih berdoa keajaiban buatmu,
kami inginkan sebuah keyakinan,
kami inginkan kepastian dirimu.
Jika dilaut kamu apunglah,
Jika didarat kamu tunjukkalah dirimu,
Jika diudara kembalilah kelaluan asalmu,

MH370 kami masih menantimu,
Tunjukkanlah dirimu dengan apa cara pun,
Biar kami tenang,
Biar keluarga redha.

fahmiaziz
11.58am
25/03/2014