Saturday, July 10, 2021

Hidup selepas 18 Mac 2020

 Assalammualaikum Semua,

Ye, lama dah aku tak menulis untuk blog aku yang sendu sedan ini. Tetiba terasa nak menulis pulak lepas setahun lebih since my last entry pasal Drama Korea tu. Oh ye, masa aku menulis ni aku tengah layan drama Mine. For starting okay lah, maybe dia cerita pasal family kot. Sebab aku tak suka sangat tengok cerita-cerita cinta yang cringe tu. Hehehe. Aku harap korang yang sedang membaca ni sihat hendaknya, dalam mendepani hari-hari yang sangat mencabar ni. 

Dah lebih setahun kita hidup dalam norma baharu yang serba serbi baru. Nak masuk mall kena beratur, kena ambil suhu. Nak keluar rumah kena pakai mask. Dan most of the office dengan new working environment work from home. Selepas setahun, kita mungkin boleh terima dengan benda-benda baru ni. Tapi hakikatnya, ini bukan lah dunia yang bebas jadinya. Kita sendiri tak tahu bila semua pandemik ini akan berakhir. 

Hidup selepas 18 Mac 2020 banyak merubah cara kita hidup. Mak ayah terpaksa membantu pembelajaran PDPR anak-anak dirumah sedangkan mereka juga ada kerja hakiki yang perlu dibuat. Belum lagi jika ada keluarga yang kurang berkempuan untuk membeli gajet untuk sesi PDPR.  Selepas 18 Mac 2020, segalanya berubah. Apa yang kita nikmati sebelum ini, segalanya berubah 360 darjah.

Setahun lebih yang sangat mencabar untuk semua orang. Ada yang hilang mata pencarian. Ada juga kehilangn orang tersayang. Setiap orang ada struggle mereka. At one point, ada yang sampai berputus asa sehingga membunuh diri. Ini fakta selepas 18 Mac 2020. 

Kadang-kadang kita rindu small little things yang buat kita happy sebelum this pandemic. Macam Enjoy lepak mamak sampai 2 - 3 pagi, boleh pergi cafe hunting minum coffee sambil baca buku, boleh lunch ramai-ramai dengan officemate, weekend pulak boleh balik kampung, boleh pergi staycation dan yang paling penting boleh menghirup udara segar tanpa pelitup muka. 

Setahun lebih dah kita hidup dengan Covid 19 dan masih lagi ada disekeliling kita. Semalam sahaja kes baru memcecah 9000 kes. Ramai dah give up, ramai yang marah sana-sini. Aku harap, masih ada secebis perkara positif yang korang fikirkan. Semua orang terkesan. Kita marah macam mana dekat media sosial pun, kita tak punya kuasa. Buat sakit hati, buat sakit otak. The least kita boleh buat, just be positif selalu. Make us happy, buat orang sekeliling kita happy. One day ianya akan berakhir, cumanya kita tak tahu bila. 

Untuk aku, setahun lebih ni sangat mencabar. Aku boleh kira berapa kali je aku balik kampung jumpa mak abah. Berbanding dua kali sebulan at least aku balik kampung. Rutin harian, bangun pagi kerja sampai petang or malam (if closing) lepastu tidur. Macam tu je lah rutin kalau tak keluar pergi jogging or beriadah. Sometimes ada juga lah rasa down, rasa tepu, rasa apa benda aku buat ni. Kadang susah nak tidur, kadang tetiba rasa sedih. Aku bersyukur sebab most of the time aku dapat control benda-benda tu supaya tak distract terlalu lama. Kadang-kadang orang lelaki ni kena turunkan ego sikit untuk menangis. Lepas nangis tu kau akan rasa lega-seleganya. Percaya lah. Tapi if korang tak mampu, just find someone yang boleh korang luahkan. Jangan bebankan sorang-sorang. Ramai yang boleh membantu.

Aku berharap, buat siapa pun yang baca entri ini, korang berada dalam keadaan baik. Ingat, Allah sentiasa ada dengan kita. Susah senang kita. Mohonlah, doalah. If ada antara korang memerlukan bantuan, jangan malu. Make a call dengan orang terdekat, dengan aku pun boleh. Mana yang aku boleh tolong aku tolong. 

Cukuplah sampai sini je. Jaga diri semua, jaga kesihatan mental dan fizikal. Semoga wabak Covid 19 ni cepat-cepat pergi.


Friday, August 21, 2020

KOREAN DRAMA: SEKALI TERJEBAK, SELAMANYA TERJEBAK. JIN-JJA?

Assalammualaikum. Hope semua orang sihat hendaknya. Lamanya tak update apa-apa dekat blog aku ni since dari PKP hari tu. Busy sikit plus malas sebenarnya. Susah sebenarnya nak menulis ni ye. Kena cari content, kena fikir ayat. End up terbiar je blog ni. Haaa. Sekarang ni aku cuba lah nak tulis kat blog ni seminggu sekali. Doakanlah okay.

Kali ni aku nak cerita experience aku pertama kali tengok cerita Korea. Ye dulu aku memang anti dengan Korea-Korea ni. Hahahaha. Tapi terjadi minat pulak sampai boleh layan habis season. Korean Drama or Kdrama dah jadi satu fenomena dekat Malaysia ni dah bertahun lamanya. Since aku belajar lagi rasanya. Tapi, aku dulu masa uni tak minta lah Korea2 ni. Aku tengok Running Man je. Tu je rancangan Korea yang aku tengok. Masa tu, habis kelas or habis exam je mesti tengok Running Man sebab nak release stress. Kelakar weyh. Sampai aku boleh layan episode sama banyak kali kalau episode tu memang kelakar. Tapi tu masa Uni lah. Habis je terus aku tak layan Korea langsung. Yang aku tahu Kill This Love by HitamPink.

Tapiiiiiiiii sebulan lepas, aku tergerak hati nak try tengok Korea Drama dekat Netflix. Sebab aku curious apa yang best sangat drama Korea ni sampai akak-akak office ni duk bercerita tapi aku tak faham satu mende pun. Best sangat ke. Aku ni malas lah nak layan drama-drama ni. Even drama melayu pukul 7 tu pun aku tak layan. Hahaha. KDrama pertama yang aku layan dengan secara tiba-tiba adalah Itaewon Class. First episode, dah buat aku nak tengok the next episode. Sampailah aku Berjaya habiskan the whole season. Gila. Untuk seorang yang pernah mengutuk orang lain yang tengok Kdrama dan tiba-tiba je terjebak juga nak tengok. Hahaha. Sejam solid weyh satu episode. Means, aku dah habiskan 16 jam untuk tengok satu season.

Masa aku menulis ni, aku tengah layan dua lagi KDrama which is “What is love?” dan “Crash Landing on you”. Aku boleh conclude kenapa orang gila sangat dengan Korea ni. Bukan sebab pelakon dia cantik or hensem kot. Tapi more to story line dia. Bagi aku dia takdalah Drama cinta-cinta yang cringe. Or aku just cepatkan je part2 yang cringe tu. Yang aku impress dia ketengahkan culture Korea tu sendiri. Tempat-tempat menarik dekat sana. Even most of the pelakon guna phone Samsung yang tetiba juga aku macam nak guna balik Samsung. Tiba je kan. Setakat ni aku lebih suka tengok Crash Landing on you tu. Sebab pertembungan dua Negara which is Korea Utara dan Selatan. Aku ada baca some article cakap scene2 dekat North Korea tu betul berlaku. Macam electricity cut and bersenam waktu pagi tu. Scene-scene cinta2 dia pun tak lah cringe tahap dewa ya.

Crash Landing on You
                                 Salah satu scene dalam Crash Landing on You. Gambar dari CNN Indonesia

Bagi aku, industri hiburan Korea sangatlah diterima baik di seluruh dunia. Tak terkejut bila mat Salleh pun layan cerita Korea. Kdrama dan Kpop membuktikan yang Bahasa bukanlah jurang untuk industry hiburan boleh pergi internasional. Tidak perlu buat lagu berbahasa inggeris atau filem berbahasa inggeris untuk tembusi pasaran luar negara. Cukuplah sebuah hasil kerja yang baik dan segar sudah cukup untuk orang luar terima. Aku harap, industri hiburan dekat Malaysia boleh contohi Korea macam mana mereka memasarkan industry mereka sampai diterima masyarakat dunia.

Sekian untuk kali ni. Sehingga entri seterusnya.

Wednesday, April 29, 2020

Norma Baharu: Adakah kita sudah bersedia?

Assalammualaikum,

Hari ni ketika aku menulis entry baru ni, kita sudah memasuki fasa ke empat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Pasti ramai dah merindui untuk keluar rumah, lepak dengan kawan-kawan, pergi pejabat dan sebagainya. Aku pun macam tu, aku dah rasa tak normal duduk bilik je. Tak jumpa orang, tak jumpa family, tak dapat pergi jogging. Okay tipu je yang jogging tu. Tak PKP boleh kira berapa banyak kali je aku jogging. Hahaha. Sejak PKP ni, kita ada dengar satu term baru disebut-sebut. "NEW NORMAL". Aku cuba translate dalam BM. Bunyinya mungkin Kebiasaan Baharu. Tapi mungkin lebih tepat Norma Baharu. Canggih kan ayat. Take note yang nak buat karangan SPM ni, gunalah bahasa kebabom meletop sampai pemeriksa ternganga nak cari kamus cari maksud. Hehehe.

Pertamanya, bila kita bercakap pasal Norma Baharu ni, dah nama pun baru kan mestilah badan rasa terkejut, otak rasa kejung sekejap memikirkan apekebendanya norma baharu ni. Ye lah, apabila kita dah terbiasa dengan sesuatu perkara kita dah susah nak ubah. Contohnya, Pergi ziarah orang, kita akan salam tangan orang. Kalau kanak-kanak kita ajar untuk cium tangan. Norma baharu, kita dah tak boleh nak salam cium tangan lagi. Adakah kita sudah bersedia nak terangkan dekat anak-anak kecil kenapa mereka tak boleh lagi salam cium tangan orang yang lebih tua?. Adakah kita sudah bersedia?

Keduanya, berkenaan dengan social distancing atau penjarakan sosial. Bila kita pergi kedai makan, benda ni akan jadi sangan awkward. Like you cannot seat sebelah menyebelah. If pergi makan dengan awek berdua je memang lah ada social distancing tu. Cuba kalau pergi ramai-ramai dengan famili. Kau dengan anak kecik pun kenal jarak satu meter. Nak suap pun kena hulur tangan panjang sikit. Itu contoh je. Sebab dekat rumah kita takda pun amalkan social distancing ni kan. Kan. Kedai makan mesti menjadi sangat bingit sebab semua orang meninggikan sedikit suara akibat dari duduk yang jarak-jarak. Adakah kita sudah bersedia?

Ketiganya, norma baharu di pusat membeli belah. Setakat hari ni, hanya pasaraya yang dibuka untuk menampung pembelian bekalan makanan. Sekarang ni, kebanyakan pasaraya sudah ada SOP pencegahan Covid-19 ni. Antara yang aku perhati, mereka melimitkan berapa ramai orang boleh berada dalam pasaraya mereka. Sebab tu, nak masuk pasaraya kena beratur panjang. Maybe, pembelian barang dapur masa normal day mengambil masa hanya sejam, tapi kali ni boleh mencecah 2 ke 3 jam sebab beratur je. But, rakyat Malaysia don't care. Apa yang penting, dapat barang untuk buat sagu gula melaka dengan buttermilk chicken ala Jibril masa berbuka puasa. Ini baru masa PKP, yang ramai lagi masih takut nak keluar rumah pergi beli groceries. Cuba bayangkan PKP ni berakhir, pasti jumlah orang ke pasaraya meningkat. Masa ni, dari 2 3 jam maybe jadi 4 5 jam sahaja nak beli barang keperluan harian. Adakah kita sudah bersedia?

Keempatnya, norma baharu di surau dan di masjid. Seperti yang kita tahu, lama dah masjid dan surau ditutup sejak dari sebelum PKP lagi. Solat jumaat dibatalkan dan paling sedih apabila kita tak dapat lagi merasai terawih berjemaah tahun ini. Selepas ini, akan terdapat satu SOP baru yang akan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama) bagi mengawal menularan wabak Covid-19. Mungkin lepas ni, tiada lagi seruan, rapatkan saf sebab kita kena solat berjemaah tetapi ada renggang diantara makmum. Adakah kita sudah bersedia?

Akhirnya, bersedia ataupun tidak. Kita pasti perlu melalui norma baharu ni. Suka atau pun tida, kita kena terima hakikat yang Covid-19 belum berakhir sepenuhnya sehingga vaksin ditemui. Sehingga itu, kita kena sentiasa berjaga-jaga, agar dapat mengurangkan penularan wabak penyakit yang boleh ditakrifkan sebagai epitom norma baharu.

Semoga kita sentiasa terpelihara, stay safe.




Saturday, April 18, 2020

TikTok: Persepsi vs Realiti

Assalammualaikum,

Harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Makan tu jaga sikit. Tahu terkurung je dekat rumah. Asik kerja nak makan je. Selain makan, sejak-sejak PKP ni ramai juga yang mula install aplikasi TikTok. Jujur aku cakap, sebelum PKP aku masih takda TikTok. Dengan menganggap TikTok ni tempat-tempat orang menari yang mana aku kayu kot kalau menari. So, maleh aku nak install. Tapi, tapi, tapi, aku terinstall juga. Hahaha. Padan muka, lain kali jangan melihat luaran je. Tapi ambil lah dalaman. Dulu sebab aku tengok orang post video-video menari cringe dekat instagram. Itu salah satu punca kenapa aku tak install TikTok. Aku try install TikTok masa aku nak post video masak aku. Masatu aku teringat ada tertengok video TikTok tapi pasal dia masak. So aku try lah guna. Jujur aku cakap, this is the best platform untuk aku edit video. Senang dan pantas. Tak payah beriya video aku dah siap. Hahah.

Selepas seminggu (ye baru seminggu ye anak-anak aku install TikTok), dah mengubah mentaliti aku terhadap aplikasi TikTok ni. Pertamanya, TikTok ni bagi aku tempat untuk budak-budak muda hilangkan stress. Put aside video-video cringe. Aku bercakap pasal video-video lawak yang boleh buat aku ketawa. Dan aku percaya, each one of us ada sense of humor. Tak banyak tapi sikit tu ada. 

Keduanya, TikTok ni adalah medium untuk menunjukkan bakat. Aku paling impress yang boleh menari dan show their talent dekat TikTok. Hanya orang yang mempunyai keyakinan dan keberanian yang boleh menari dan di post untuk ditonton oleh khalayak. Disebabkan aku ni seorang yang pemalu. Cukuplah aku buat video masak-masak. Aku tahu perasaan orang yang tengok aku menari. Macam aku rasa tengok video-video cringe tu. Hehehe. Dengan adanya TikTok, kita boleh tengok bakat kawan-kawan kita. Yang kita sendiri tak sangka dia boleh buat macam tu. 

Ketiganya, TikTok ni dapatlah mengisi masa lapang budak-budak muda sekarang. Bukan senang okay nak buat video TikTok yang bagus. Kena ada effort, masa nak edit lagi plus nak dapatkan the perfect movement. Aku penah join buat TikTok dengan officemate. Masatu phone orang lain. Aku takda TikTok lagi. Video durasi 30 saat, tapi buatnya sampai 30 minit. Still tak dapat pergerakan yang perfect macam orang lain buat. Plus ada tu, yang gigih bermakeup, tukar baju segala. Then edit balik video. Nampak macam real. Tapi hakikatnya banyak kerja perlu dibuat untuk dapatkan satu video yang perfect. 

So, musim-musim PKP ni. Apa kata kalau bosan tu, korang install TikTok dan rasai pengalaman tu sendiri. Buat video dengan family ke. Kan tak boleh keluar rumah. Ouh ye, follow lah aku punya TikTok akaun. Tapi aku tak lah buat video menari-nari. Semua vidoe aku pasal aku masak benda2 yang korang pun reti. Just like I said, untuk memenuhkan masa. Edit2 sikit video. 

My TikTok akaun : @fahmiaziz1905



Till my next entry, Stay at home and stay safe everyone.

Saturday, April 4, 2020

Bekerja dari rumah (Work from home): Kelebihan atau kekurangan?

Assalammualaikum...

Hai semua, hope you guys sihat-sihat hendaknya. Lepas seminggu posting aku pasal Covid 19: Adakah kita terpenjara. Dalam entri yang lepas, aku ada cakap yang aku kerja dari rumah atau work from home (WFH). Banyak perkara yang aku perhati dan cakna sepanjang lebih dua minggu aku kerja dari rumah. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Aku ada bertanya dekat instagram, kerja dari rumah ni best ke tak. dari 125 orang yang undi, 72% cakap tak best langsung. 72% tu kena tambah satu lagi sebab aku pun tak rasa WFH ni best. Jadi dalam entri kali ini, aku nak cakap apa yang aku rasa lah dan apa yang aku perhati sepanjang WFH ni. Mungkin ada sesetengah company yang dah praktikkan WFH ni sejak sebelum PKP lagi. Sebab kawan aku ada je yang boleh WFH. Tak payah masuk office sangat. So, maybe golongan yang macam ni tak rasa sangat impact WFH tu.

Dulu masa kerja kan, aku ada terasa juga kan best kalau kerja dari rumah. Sekali-sekala je masuk office. Tapi bila dah dua minggu lebih ni, aku dah nak tukar perasaan tu. Dari aku nak kerja dekat rumah kepada baik aku kerja dekat office. Datang kerja hari-hari lagi best. Hahaha.

First, aku nak cakap pasal kebaikan dulu lah kan WFH ni. Aku rasa, WFH ni sangat sesuai untuk wanita-wanita yang bekerjaya. Sebab, bila dekat rumah, sambil kerja sambil boleh uruskan hal-hal macam masak dan basuh baju. Which is, kalau kerja di office, hanya boleh buat kerja-kerja rumah selepaf office hour contohnya malam. Kalau WFH, ibu2 boleh sambil masak dan basuh kain. Malam dah boleh rehat dan spend masa bersama keluarga. 

Keduanya, tak payah rushing menghadap jem nak pergi kerja. Iya, aku memanglah naik train pergi kerja. Tak tempuh jem pun. Aku bercakap bagi pihak yang lain. Hahaha. Kalau hari biasa, confirm terkejar-kejar nak hantar anak sekolah lah, lepas tu mengadap jem nak pergi kerja. Sebelum pergi kerja dah stress sebab jem plus dah sampai office stress pulak pasal kerja. Balik keje stress lagi sebab jem. Memang stress je memanjang kan. Jadi dengan WFH masalah stress jem ke office dapat dikurangkan dan lebih banyak masa dapat digunakan dengan perkara yang lebih berfaedah dari mengadap jem.

Sekarang kita beralih kepada kekurangan WFH. It might be banyak point berbanding kelebihan. Hehehe. Pertamanya, adalah masalah komunikasi. Iya, aku setuju dengan skype or Zoom meeting.Tapi bagi aku, komunikasi guna skype or Zoom tu kadang-kadang tak berapa berkualiti berbanding kita belajar face to face dengan orang. It just me atau orang lain mempunyai pendapat yang sama. Komunikasi akan jadi lebih lambat bila kita perlukan info itu dengan cepat. Kalau dekat office, kita boleh directly tanya person incharge atau orang yang buat kerja tu. Kita juga boleh selesaikan masalah dengan lebih baik dan cepat. Bagi aku, komunikasi dua hala yang baik adalah komunikasi yang melibatkan pancaindera mata, mulut dan telinga. Two way communication bertentang mata lebih baik dari hanya dengar suara.Itu belum lagi kalau line tiba-tiba takda, video akan lag dan terpaksa ulang banyak kali sebab the other side tak dapat dengar some point sebab isu internet perlahan.

Keduanya, you by your own. Buat kerja sorang-sorang. Dalam dunia sendiri. Takda communication. Selalunya, kalau aku stress ke, aku akan pergi kat team lain especially team SDAH. Heheh. Borak-borak, gossip-gossip dah rasa okay sikit. Baru sambung kerja. Kalau dekat rumah, dengan sorang-sorangnya. Ada problem pun just boleh tanya dekat skype, or whatsapp. Kalau dekat office, at least aku dapat tanya senior2 dan lebih faham. Sebab aku jenis susah nak faham kalau tak tunjuk depan-depan. 

Ketiganya adalah kekurangn sumber. Sumber dekat sini adalah rujukan hard copy. Iya aku boleh je cari soft copy dekat dalam sistem. Tapi bila banyak sangat tengok screen computer dari pagi sampai kepetang, kadang-kadang mata aku sakit juga. Kalau hard copy contohnya invoice, hard copy aku directly boleh nampak invoice amount, tarikh, dan description just sekali pandang je. Kalau tengok dekat screen, kena scroll dari atas sampai bawah. next page untuk attachement. Ni bagi aku je lah, sebab aku ada rabun silau. So bila tengok screen je, kadang2 jadi pening kepala. 

Cukuplah aku bagi tiga point. Aku nak tulis panjang lagi tapi malas. Hahaha. So, for me WHF ini boleh lah kalau nak apply sekali-sekala. Boleh di praktikkan. Tapi, untuk terus WFH tu adalah sangat tak munasabah. Sebab kadang-kadang kita just malas nak masuk office tapi at the same time kita nak kerja. Maybe boleh lah apply sekali dalam sebulan untuk WFH. 

Aku harap, semua orang kekal berada dirumah. Stay safe, Till the next entri.

Saturday, March 28, 2020

Covid 19: Adakah kita terpenjara?

Assalammualaikum,

Hi, dah lama aku tak menaip. Aku harap semuanya sihat dan dilindungi Allah. This is the first time aku tergerak hati nak menulis balik setelah sekian lama aku tak sentuh pun blog ni. Last entry aku tahun 2015. Masatu aku masih struggle nak habiskan degree aku. Alhamdulillah, degree aku pun dah habis few month lepas entry terakhi aku tu. Now, aku pun dah kerja.So, if you not remember me, saya lah Fahmi yang some of you datang blog aku sebab nak cari contoh rayuan kolej. Hehehe.

Aku tergerak hati nak menulis sebab aku dah buntu nak buat apa sepanjang tempoh berkurung tak boleh buat apa ni. Aku rasa, aku kena cari benda yang boleh buat aku tak stress terkongkong dalam bilik ni. Suddenly, aku teingat yang aku ada blog yang dah lama tak digunakan. Header pun dah tahun bila tu. Masa kanak-kanak ribena lagi kot. Sekarang dah makin kacak. Alhamdulillah, berkat selalu ambil air sembahyang dan beberapa produk yang turut membantu.

Well, seperti yang kita semua lalui. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk menghadkan pergerakan orang yang berada di Malaysia (tak kiralah kau rakyat Malaysia atau kau immigrant yang menetap di Malaysia atau kau tetiba ada kat Malaysia guna pintu suka hati doraemon ke) kau kena ikut arahan ni. Since 18 March 2020 sampai hari ni, banyak benda yang kita rasa rimas dengan semua ni. Aku percaya, bukan aku sorang je yang rasa. Lebih-lebih lagi yang tinggal bujang. Yang jauh dari family.

Bagi yang duduk bujang macam aku, ianya sangat sukar. Kau kena depends diri kau to the max. Kalau hari biasa, kita masih boleh berjumpa kawan-kawan office, borak-borak, membawang, lunch sama-sama. Semua tu dah tak boleh dilakukan. You by your own. Aku setuju kita boleh gunakan teknologi as a medium untuk kita berkomunikasi. Tapi dalam masa yang sama kita memerlukan interaction, memek muka, to socialise. Cuba bayangkan kita sorang-sorang hadap benda ni, while the rest boleh bersama keluarga doing something together for example buat kopi viral together with your family or love one. While you just can be at home, do it by your own and post it dekat social media. No interaction dan takda perasaan.

Rutin aku setiap hari, bangun mandi, since aku bekerja dari rumah, aku akan kerja dari 9pagi sampai 6 petang, Isnin sampai Jumaat. Aku bersyukur yang company aku masih beri gaji berbanding ada rakyat Malaysia yang menerima gaji harian. Malam aku check insta sikit, baca news dan tidur. Kadang-kadang aku rasa sangat stress dengan semua ni. Terkurung, terperangkap, tak dapat jumpa sesiapa. Duduk bilik dan buat semua perkara tadi setiap hari. Tapi, bila difikir balik, Ada orang yang lagi susah hati dari aku. Orang yang pendapatanya terjejas. Lagi kerajaan menambah lagi 14 hari tempok PKP. Apa yang boleh mereka lakukan?

Yang aku perhatikan, sepanjang PKP ini dilaksanakan. Ada banyak benda positif yang berlaku. Ibu-ibu atau isteri-isteri yang selama ni bekerja siang malam dah pandai masuk dapur. Hai kak Zaz kalau baca ni. Dia dah pandai masak weyh. Hehehe. Yang dulu mengecam orang main Tik Tok akhirnya terjebak dengan Tik Tok pun ada. Yang suami tak tahu barang-barang dapur tetiba je lepas ni pandai. Look at the brighter side, yes, kita sebenarnya boleh mencari yang positif itu. Kita mungkin terpenjara, Tapi, kita masih boleh makan yang sedap, kita masih boleh luangkan lebih masa untuk keluarga dan anak-anak. Dan yang paling penting, kita akan belajar nikmat bebas suatu hari nanti.

Hari ni, semasa aku menulis ni, ada lebih kurang 17 hari lagi sebelum perintah PKP ini berakhir. Aku berharap, kita sama-sama lah berdoa semoga PKP ini tidak dilanjutkan. Semoga wabak Covid 19 ini akan hilang dan tiada siapa dijangkiti lagi. Semoga, yang hilang punca rezeki akan dapat kembali bekerja, yang bekerja di barisan hadapan dapat berehat secukupnya dan bersama keluarga, yang keseorangan sepanjang PKP ini dapat kembali berjumpa keluarga dan rakan-rakan.

Untuk masa ini, dengarlah cakap kerajaan, duduk dirumah, stay safe with your famiy. Doalah semoga wabak ini segera berakhir. Semoga kita semua dilindungi Allah.

By the way, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan perkhidmatan kaunseling atas talian jika anda ada gejala-gejala seperti di bawah ni. 

Image

Aku doakan, kita semua dapat mengharungi hari-hari yang sukar ini dengan penuh rasa keinsafan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Take Care, Stay Safe.

Monday, March 24, 2014

Pergimu...

8 Mac 2014

Pergimu membawa manusia yang pelbagai,
meneruskan rutin sebagai penambung manusia dan barang,
12.40 pagi pergimu meninggalkan landasan,
Pergimu diiringi doa keluarga setiap penumpang,
Mengharapkan keluarga mereka akan pulang dan berpelukan,

1.37 pagi kamu pergi entah kemana,
Seluruh dunia gempar keranamu,
Seluruh dunia berdoa untukmu,
Seluruh dunia mengharap kepulangan,
Ahli keluarga penumpangmu mengharapkan menemuimu,

Hari berganti hari,
Banyak aset negara mencarimu,
Baik dilautan luas,
Baik di langit membiru,
Spekulasi mengenai mu sentiasa meniti dibibir,
Tidak kira di hotel 5 bintang,
Mahupun warong tepi jalan.
Setiap orang membuat andaian mengenaimu.

24 Mac 2014

Selepas 17 hari dengan pelbagai usaha mencarimu,
pelbagai analisis telah diteliti,
Alatan canggih telah disemak,
Malam yang hening dan suram,
Buat keluarga ahli penumpangmu,
Buat dunia yang sentiasa menantimu,
Akhirnya,
Konklusi menyatakan perjalanan kamu berakhir
Dilautan paling sunyi,
Dilautan paling dalam
Dilautan terpencil,
Lautan Hindi

Kami masih berdoa keajaiban buatmu,
kami inginkan sebuah keyakinan,
kami inginkan kepastian dirimu.
Jika dilaut kamu apunglah,
Jika didarat kamu tunjukkalah dirimu,
Jika diudara kembalilah kelaluan asalmu,

MH370 kami masih menantimu,
Tunjukkanlah dirimu dengan apa cara pun,
Biar kami tenang,
Biar keluarga redha.

fahmiaziz
11.58am
25/03/2014

Sunday, March 16, 2014

Nikmat tuhanmu yang mana satukah yang kamu ingin dustakan?

Assalamualaikum...

Hampir 3 bulan bumi bertuah ini kontang. Hari demi hari rakyatnya berdoa tanpa jemu kerana rindukan hujan. Tanaman menjadi kering, sungai dan takungan menjadi kontang dan peningkatan jumlah kebakaran. Benarlah seluruh rakyat berasa gelisah. Catuan air dibeberapa buah daerah termasuklah di Kluang menjejaskan aktiviti seharian. Manusia boleh hidup tanpak bekalan elektrik, tetapi hidup manusia lebih sukar jika tiada sumber air yang bersih.

Pelbagai usaha, doa dan serahan diri kepada Allah semoga diturunkan hujan. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah pembenihan awan.

Akhirnya, penantian hamba-hambanya yang kerdil berakhir. Dari semalam membawa kehari ini hujan boleh dikatakan turun diseluruh pelosok negara. Rindunya bau hujan, rindunya untuk merasai dinginnya terkena titisan hujan. Alhamdulillah.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tak akan menguji hambanya dengan panas jika mereka tidak mampu. Hakikatnya, kita mampu mengharungi dugaan sepanjang musim panas.

Benarlah Allah berulang kali mengingatkan dalam surah Ar-Rahman, NIKMAT TUHAN MANA SATUKAH YANG KAMU INGIN DUSTAKA?

Panas, hujan, salji itu semua rahmat Allah yang wajib kita syukuri...


Saturday, December 21, 2013

End

20/12/13

Berakhirlah kelas untuk semester ni. Banyak kenangan yang mana 99% adalah kenangan best. Lagi 1% tu mungkin test, kuiz yang tak berapa nak okay. This sem, subjek for sure semakin susah dah payah nak paham. Especially subjek-subjek yang bukan mengira.

Subjek

Subjek Accounting Information System(AIS) bagi aku adalah subjek yang paling aku tak minat semester ni. Pertamanya sebab ianya subjek membaca, kedua aku memang tak dan lah dengan bende2 computerize ni. Guna gajet reti, nak tau apa isi dalam tu yang malas. hahaha.

Subjek paling aku minat semester ni sudah tentulah Advance Taxation (TAX). Entah macam mana aku suka sebab mungkin faktor lecturer yang begitu bersemangat, juga mungkin aku dapat A masa first test. Lagi satu, Satu topik je kot yang aku lost, yang lain semua okay.

Markah Test

Semester ni markah test aku sangat okay bagi akulah untuk first test. Paling tak sangka, markah LAW aku full mark. Hahaha. Tah apa ku merapu kat kertas jawapan tu pown aku tak tahu. Tapi sedih untuk paper FAR. Mungkin aku tak bersemangat bila takda kawan2 yang selalu study FAR sesama.

Untuk test 2, markah aku ada yang turun ada yang naik( setakat sebelum cuti belajar, baru dapat 3 paper). Aku rasa most akan naik kecuali paper LAW.

Harapan Final

Setiap orang mempunyai satu harapan je untuk final. Nak dapatkan keputusan terbaik bungkin in term of GPA. GPA bagus akan effect kepada CGPA. Semestinya aku nak dekan. InsyaAllah

Jadual

Jadual exam yang boleh dikatakan ok lah, Gap 2 hari setiap subjek. Cuma risau untuk subjek2 membaca. Aku kalau subjek membaca ni lemah sikit. Kadang-kadang boleh perform kadang-kadang average je.

So, disebalik suka dan duka semester ni, akhirnya ianya berakhir. Such a taff sem with all the last minute assignment give by lecturer. Disamping test sem ni yang berderet takda gap. Lepas tu due date assingment.

Jumpa di lain masa.


Thursday, September 5, 2013

Mana hilangnya Ketamadunan kita

Assalammualaikum...

Kehebatan dan kecanggihan teknologi tidak mampu lagi mengubah pemikiran dan mentaliti rakyat Malaysia. Bila sesuatu isu baru timbul, semuanya hendak dipolitikkan. Tidak kiralah dari pihak yang kanan mahupun berhaluan kiri. Mereka hanyalah bercakap sesedap tangan untuk menaip. Hilangnya rasa hormat kepada orang lain. Yang mereka tahu hanyalah mempertahankan parti dan pemimpin mereka.

Gelaran-gelaran buruk sering dilemparkan. Umpamanya, yang mereka perkatakan itu bukanlah rakyat Malaysia. Yang boleh di perlekeh. Kata-kata cacian dan kesat sering dapat dilihat di media sosial terutamanya Facebook dan Twitter bila isu-isu baru timbul. Contoh paling terdekat adalah bila kerajaan menurunkan subsidi petrol sebanyak 20 sen untuk RON95 dan Diesel. Sepanjang malam membawa kepada keesokan harinya, menghentam, memaki seperti tiada ketamadunan dalam diri. Di mana letaknya nilai ketimuran dalam diri rakyat Malaysia hari ni.

Bila kita berbicara tentang adab ketimuran, bahasa juga merupakan salah satu elemen yang negara lain kagum. Pantun misalnya, mengajar orang melau mengkritik secara halus. Tapi pantun bukanlah pilihan terbaik. Cumanya, nenek moyang kita sudah mendidik untuk bercakap dengan penuh adab dan tatasusila. Dalam ikrar rukun negara juga ada sebut mengenai perkara ini. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Dimana sopannya kita. Dimana susilanya kita. Fikir-fikirkan.

Ya, aku percaya. Meniti Malaysia menjadi sebuah negara maju kelak. Pemikiran terbuka dan berterus terang tidak dapat lari dari setiap rakyat. Walaupun sifat berterus terang itu kadang kala amat menyakitkan. Tapi sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia harus pandai dan reti menggunankan bahasa yang betul. Sekurang-kurangnya perang di alam maya tidak kan berlaku.

gambar sekadar hiasan
Perkataan Macai banyak dah digunakan tak kiralah dari pihak yang menyokong dan menentang. Dalam Kamus Dewan pun perkataan macai tidaklah wujud sama sekali. Mana datangnya perkataan ini.

Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan "Macai" (馬仔) adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan 'Ma' (馬) yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai - 馬來) dan Malaysia (Malaixiya - (馬來西亞). Maka perkataan 'Ma' (馬) telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.
(rujukan ipohmalay.blogspot.com.my)

Kesahihannya masih lagi tidak dapat diterima. Yelah, Kamus Dewan pun belum masukkan lagi maksud sebenar perkataan ini. Tapi berdasarkan apa yang berlaku, aku boleh katakan yang Macai tu membawa maksud orang suruhan. So, hari ini, orang melayu sendiri memacaikan antara satu sama lain. Pelik bukan.

Jika inilah yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Kita sebenrnya bukan makin maju, tapi kita masih mundur dari segi pemikiran. Tidak kiralah anda dari parti mana. Anda perlu sedar dan bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda keutarakan. Berilah peluang dan ruang, untuk kita berfikir. Tunjukkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Malaysia hakikatnya boleh terus aman, jika kita melupakan perbezaan.

-wassalam

Wednesday, September 4, 2013

Dapat Giveaway dari Blogger Terkenal

Assalammualaikum...



Pernah masuk blog kat atas nie. Aku percaya ramai yang mengenali blog juga tuan blog ni kan. Adalah beberapa entry aku pernah sebut pasal blog ni. Ya, blog coklateyes.my yang tuan tanah kedaungnya bernama Cik Innanie Ariffin. Merangkap senior aku masa high school dulu. Ceh, nak sebut jugak tumpang glamor. Haha.

So, dipendekkan cerita aku ada masuk satu contest giveaway anjuran blog coklateyes (BCE) ni. Beauty Raya Giveaway katanya.


So, aku terperasan pasal giveaway ni bila tuan punya blog promosikan kat Facebook dia. Akupun try lah buat kali keduanya. Sebab sebelum giveaway ni aku ada try lah masuk giveaway dalam blog ni. Tapi hampa tak dapat. Dengan slogan.

"Sempena Aidilfitri, saya doakan Blog Coklateyes mendapat lebih banyak liputan. Semoga dengan ini, ramai lagi pembaca baru yang akan terinspirasi dari tuan punya blog yang berdedikasi."    

Dengan harapan yang tipis, sebab saja-saja je join tak de keje. Lastly dapat Kak Innanie post this on my facebook wall.


Tadaaaaa. Aku salah seorang 5 pemenang paling bertuah. Macam tak percaya je. Yelah, nama pun beaty giveaway kan. Yang masuk bertanding almost perempuan. So, memang terperanjatlah. Sebab dah lupa pun pasal giveaway ni. Hehe. 


Dan hari ini, seperti yang dijanjikan, POS MALAYSIA telah menghantar satu sampul surat dari seorang blogger terkenal.


Ada tiga item dalam sampul surat tersebut. 

1- Free trial NATURAL AQUA GEL by CURE
2- Business card EXCLUSIVE BLOG COKLATEYES
3- Satu surat TULISAN TANGAN dari Cik Innanie Ariffin siap dapat sign lagi tau.



Im very grateful for this gift. Terima kasih Kak Innanie. Dapat je terus try Aqua Gel tu. Function dia adalah untuk remove sel kulit mata dari kulit. Sebab sel-sel kulit mati ni menghalang dari kulit recovery.  Dan paling penting this Aqua Gel terjual SEBOTOL setiap 12 SAAT. Ini adalah product skin care exfoliation NOMBOR 1 di JEPUN. Nak beli SEBOTOL mahal harganya. Kira, dapat sample ni pown bersyukur sangat. Sebab, lepas exam haritu punyalah berjerawat macam hape je muka.

So, untuk yang tak pernah singgah ke blog ni, singgahlah sekali. Nescaya, aiceh ayat. haha. Nescaya, anda pasti akan singgah di blog ini lagi. Manalah tahu, next giveaway one of you yang dapat kan.

just click this banner to jump to blog coklateyes.com

Mari ramai-ramai follow this blog bagi yang tak follow lagi. Anda akan dapat semua link insta, facebook, fanpage semua dalam blog ni.

Wassalam

Friday, August 23, 2013

Keikhlasan Hati

Assalammualaikum...

Hati. Siapa yang tak tahu apa itu hati. Semua orang tahu. Dalam hati kita tersimpan seribu satu perasaan. Benci, marah, gembira, sedih yang akhirnya terluah melalui perbuatan. Begitu juga ikhlas, ikhlas boleh digambarkan pabila kita tidak mengharap sesuatu dari apa yang kita lakukan.

Entry nie, nak cakap sikit pasal bagaimana hati yang ikhlas effect kepada kehidupan seharian kita.


 Hah, inilah hati. Padahal bentuk hati bukanlah macam nie ye semua. Propaganda semata punya bentuk hati macam ni.

Well, back to track. Keikhlasan pastinya merupakan benda terpenting dalam kehidupan seharian kita. Kita hidup kat dunia nie pown kena ikhlas tau. Ikhlas untuk menjadi diri sendiri bukan orang lain. Pernah tak kita buat kerja secara terpaksa. Maksudnya buat kerja yang kita tak suka. Itu akan pasti mendatangkan ketidak Ikhlasan dalam diri kita kan. So, bila moment kita start je buat keje tu mesti ada je yang tak kena. Sebagai contoh, bila kita tak suka sesuatu subjek. Masuk kelas, dapat lecturer yang garang lah, lepas tu belajar nak gila pown still tak faham dan tak masuk. Finally subjek tu dapat result yang teruk. 

Itu cerita kalau tak ikhlas. Kalau cerita pasal ikhlas, aku amik cotoh pasal subjek jugak. Kita suka sesuatu subjek dan kita secara automatic akan ikhlas belajar benda tersebut. Lecturer yang garang pown kita cakap bagus. Homework yang banyak pown kita tak merungut. Belajar senang je nak faham. Finally dapat result yang bagus.

Nampak tak kuasa ikhlas dalam diri kita. Hakikatnya memang susah kita nak ikhlas. Kadang-kadang seringgit dua pown nak berkira. Ada je manusia macam ni. 

Sebut pasal ikhlas banyak benda kita boleh relatekan. Bagaimana, seorang ibu ikhlas melahirkan kita. Bagaimana seorang ayah ikhlas menyara dan membesarkan anak-anak. Bagaimana seorang bilal tidak lupa melaungkan azan. Ini antara contoh perbuatan yang ikhlas tanpa meminta sesen pown dari kita.

Nak jadi ikhlas aku rasa tak susah. Asalkan kita buat semua perkara kerana Allah, akhirnya ia akan terasa ikhlas dengan sendiri. Semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan.

Wassalam.
-kalau suka like :)




Friday, August 16, 2013

Hobi Baru Di Bulan Syawal

Assalammualaikum...

Since entry aku yang last pasal iklan raya hari tu. Terus aku menyepikan diri. Mesti ada yang tertunggu entry raya aku kan. Masalahnya ada ke yang menunggu. Ko ingat blog ko sama taraf maca Hanis Zalikha ke apa. By the way, hari nie dah masuk hari kesembilan kita beraya. Ada yang cuti sem tu berayalah sampai pengsan, tapi kesian lah kat student diploma yang beraya setakat empat hari je. hehe. Tapi kawan aku yang tengah intern tu pown keseian jugak. Cuti seciput je habaq hang. Tapi takpelah, dorang pown dah nak habis lagi setahun. Aku je yang lagi dua tahun nak mengadap segala buku, lecture hall, assinment dan lain2. Tapi takpelah, kalau dah minat yang bosan akan jadi suka. Dua tahun bukan lama pun. Tengok, dah melalut.

Entry kali ni aku nak share lah pasal hobi baru aku. Dedulu ramai yang hobinya kumpul setem lah, kumpul kulit cengkeranglah, kumpul buku lah. Tapi aku tetiba nak kumpul sampul duit raya. Hehe. Maklulah sekarang punya pattern sampul duit raya tak macam dulu2 punya. Setiap pattern menunjukkan ke exklusif sesebuah sampul duit raya tu. Paling bergaya mestilah sampul-sampul yang datangnya dari bank-bank kat Malaysia ni. Tapi yang paling lawa bagi aku datangnya dari Maybank. Walaupun simple tapi nampak Marketing Department dia cuba menunjukkan ke exclusive fan Maybank sebagai sebuah Syarikat Kewangan tersohor. Lagi satu reka betuk yang betul-betul macam sampul surat, bukan macam sampul duit dulu-dulu. Macam aku cakap, simple is much better for establish company.

Dari atas: Maybank, RHB, HSBC Amanah




Dari Atas kiri: Public Bank Group, CIMB, Bank Rakyat
Dari atas kanan: ASNB


Company-company besar kat Malaysia kat Malaysia ni tak kurang hebatnya dengan design exclusive dari mereka. Yang paling aku minat adalah sampul dari Habib Jewel. Aku paling suka part belang dia. Permainan warna yang kontra dan menampakkan ianya memang sebuah Company intan berlian tersohor. Dan aku terlupa sapa yang bagi aku sampul Suria FM. hehehe


Dari Atas: Prudential, Habib, Suria FM

The last part, dari pasaraya terkemuka negara. Munkin mereka masih nak mengekalkan elemen ceria kat sampul mereka.Hakikatnya, takda satu pown yang berkenan dihati. Mungkin aku akan bagi dekat Aeon Big punya sampul. Tu pun kalau dia hilangkan anak beranak oren.
Dari Kiri: Aeon Big, Sakan, Pacific, Tesco

Dan, tak beraya di Johor lah kalau tak dapat sampul duit raya ni. Sampul duit raya edisi khas JDT. HAHAHA.

So, lepas nie memang pegi rumah orang bukan mintak duit raya, tapi mintak sampul raya. Tapi kira oklah jugak aku tahun nie. Still boleh dapat duit raya lagi. Tapi, aku memang muda lagi pun juga. HAHAHA.
So kepada sesapa yang ada sampul duit raya pelik-pelik, bolehlah share dekat sini. kot nak bagi aku ke bolehlah pos kan.

kalau suka like :)

Friday, August 9, 2013

Iklan raya paling terbaik 2013

Assalammualaikum...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga, berbahagia di samping keluarga tercinta.

Setiap kali raya, kita mesti tertunggu-tunggu iklan raya. Tak kiralah raya Deepavali ke, Krismas ke mahupun Tahun Baru Cina. Setiap tahun setiap company yang besar-besar memerah otak untuk menampilkan ucapan raya atau iklan raya yang menarik sehingga dapat dihafal dan diingati. Tahun lepas iklan BERNAS menarik perhatian dengan menonjolkan kanak-kanak kelainan upaya. Dan seperti kebiasaan iklan raya PETRONAS sering mendapat tempat dihati. Tapi iklan mana yang best untuk tahun ni?

Tahun ini bagi aku Iklan Raya Paling Terbaik 2013 aku berikan kepada Iklan MAXIS. Iklan yang sangat simple ini senang untuk difahami dan dihayati. Mengisahkan seorang city boy yang pulang berhari raya kebosanan sebab takda wifi kat kampung. Mulanya dia tak nak join budak kampung punya aktiviti, lastly bonding dorang bertambah baik. Di akhir iklan, rupanya budak kampung tadi tak bukak wifi dan menyorokkannya di bawah songkok.

Ianya berkaitan isu semasa kini. Semua sibuk dengan gadget, iphone, phone android, tab, ipad, etc. Sampaikan duduk semeja dapat semua buat hal masing-masing. Walaupun iklan ini mungkin merugikan sedikit MAXIS haha (yelah, dah suruh tutup wifi sepanjang raya). Dengan tagline "Sometimes, the best way to connect is switch off".

Music dia aku suka, sinematografi pown bagus, dan paling penting, menunjukkan dekat khalayak apa yang boleh dibuat dekat kampung selain ONLINE.


Nampak tak, tak tipikal punya iklan raya. So, sad untuk iklan PETRONAS. Sebab, actual duration untuk iklan nie abou 8 minute. Tapi dekat TV tak sampai 2 minit. Satu, kesian untuk yang tak tau gune internet. Sebab iklan dekat TV dah banyak potong dan kurang mendapat sentuhan hati. Bagi aku iklan tak perlulah panjang. Dan Iklan PETRONAS sangat tipikal. Menggunakan kesedihan untuk menarik perhatian. BTW, ini hanya pendapat sahaja.

Sekian. Wassalam
-kalau suka like :)

Monday, July 29, 2013

Aku Tanpa Cintamu

Assalammualaikum WBT...

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri 
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku


Bait-bait lagu Mirwana dan JayJay nie sangatlah mendalam maksudnya. Bait dia nak cerita yang kita manusia ni sering kali berjanji dengan Allah nak tinggalkan benda-benda tak baik, tapi sering jugak kita buat benda tu. Perkara paling senang dan mudah dilihat adalah solat. 

Tapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Bait apakah kau terima cintaku lagi setelah ku berpaling dari pandanganMU Yang kabur kerna jahilnya aku menggambarkan adakah Allah akan terima amalan kita, Allah terima taubat kita. Tapi Allah Maha Mengetahui segalanya. Sebagai manusia yang kerdil kita seharusnya berusaha mendapat keRedhaanNya. Sebab Allah tahu, kita bukannya manusia yang sempurna tidak lepas dari lalai, dosa dan alpa.

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Ia, Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambanya. Allah suka kita meminta-minta kepadanya. Berusahalah wahai anak Adam sekalian. Percayalah Allah mendengar segala rayuan permintaan kita walaupun tersemat dihujung hati anda semua. Walau ranjau menusuk pedih- dalam kita Istiqamah kepadaNYA, kita tak dapat lari dari godaan nafsu dan syaitan. Ianya amat pedih dan sakit. Apa yang mampu kita buat sehabis baik. Istiqamah kadang-kala perlukan paksaan. Dari paksaan datangnya keikhlasan. 

Wallahualam.
Wassalam...

Sunday, July 21, 2013

Tangan yang memberi

Assalamualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 13 harinya. Dah hampir separuh perjalanan kita di bulan Mulia ini. Hope, segala apa amalan baik yang kita lakukan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Sebut pasal ganjaran, aku selalu percaya dengan satu perkara ni. Dulu pown aku pernah mention benda ni kat facebook. Once we help people, bukan orang yang akan tolong kita tapi Allah. Maksud tangan yang memberi disini adalah kita sebagai orang yang sentiasa memberi sekadar yang kita mampu. Tolong ajar orang dalam pelajaran pown bagi aku suatu pemberian kepada kawan yang memerlukan. Dan berbagai jenis pertolongan lagi.

Satu lagi konsep yang aku pegang, buatlah orang lain gembira. Thats it. Aku akan gembira bila orang-orang sekeliling aku gembira. Begitu mudah Allah memberi perasaan ini kepada kita. Gembirakan hati orang, nescaya kita juga akan gembira. Aku jenis orang yang tak boleh tengok orang sedih. Kadang-kadang tu joke yang akau buat pown boleh buat orang lain terasa hati. Tu pun aku selalu risaukan.

Berbalik kepada tangan yang memebri tadi, aku selalu dapat pertolongan dari Allah bila aku tolong orang. Contohnya masa jawap exam dan sentiasa dimurahkan rezeki. Aku selalu percaya yang Allah tolong aku masa jawap exam, tolong aku ingatkan macam mana nak guna formula, tolong ingatkan aku segala tok nenek punya teori.

So, terpulanglah pada kita nak jadi tangan yang memberi atau nak jadi tangan yang menerima.

Wallahualam.

Saturday, July 20, 2013

Photoshop Belajar sendiri

Assalammualaikum...

Alhamdulillah dah masuk hari kesebelas kita berpuasa. Dah 1/3 kita meninggalkan Ramadhan. So, ada yang tertinggal puasa tak. Entry aku kali ni bukanlah nak bercerita tentang puasa dan fadilatnya yang semua orang dah tau. Kali nie aku nak berkongsi kegembiraan pabila header pertama aku menggunakan PHOTOSHOP dengan belajar sendiri. Nak kata belajar sendiri tu tak lah, sebab before ni ada yang pernah ajar the basic yang nak crop paste gambar tu. Tapi yelah aku, mana nye nak ingat benda tu semua. TAK PERNAH buat sendiri pown. Masa jadi presiden dulu pown arahkan anak buah je buat benda-benda art ni.

Disebabkan nak mengisi masa lapang, dan memang takde keje nak dibuatnya maka terhasillah sebuah karya yang tak berapa nak seni sangat menggunakan PHOTOSHOP. Satu kepuasan yang berbaloi habak hang. Tapi tak keseluruhan guna PHOTOSHOP. Header aku sangat bertuah kerana menggunakan 3 elemen pakar dalam pembuatannya. Aiceh. POWERPOINT + PHOTOSHOP + PICMONKEY.COM = Header baru.


Selepas proses Power Point
Selepas proses Photoshop
Selepas proses Picmonkey.com
Tema header aku kali nie biru. First memang dalam kepala aku, aku nak header yang ada awan-awan sebab aku memang minat theme paper town kat phone. Then, aku bubuhlah gambar aku masa konvo hari tu. Untuk makluman gambar awan kaler putih, gambar awan kaler biru dan matahari tu diambil dari picture yang berbeza. Search je kat pak cik GOOGLE. Lepas tu aku crop paste je lah. Dia bukan datang sekaligus cam gitu. So, lepas ni sape2 nak tempah header tu boleh lah.

Lepas dah berjaya dengan yang pertama ni, terus azam berkobar-kobar nak buat kad raya pulak. Hambik kau, memang betul takde keje ni. Lagipun mak aku yang request suruh buatkan kad raya satu family. So ini hasilnya. Kali ni aku tak guna powerpoint.

Background dari Google
Selepas Proses Photoshop
Selepas Proses PicMonkey.com
Siapa nak aku buatkan kad raya. Aku bagi Free dekat 5 komen terawal blog ni. Sila berikan nama dan nama facebook anda untuk berkomunikasi.


Wassalam
-kalau suka like kat bawah ni

Friday, July 19, 2013

Perubahan/Change

Assalamualaikum...

Perubahan, setiap manusia ingin berubah.
Kerna kita bukanlah manusia sempurna,
Maksum untuk Rasul, manusia pasti akan lakukan dosa
riak, takbur, meninggi diri
Kadang kita sangka yang kita bergurau itu juga membawa ke dosa
Ingat pesan Ustaz, Jika kawan kita tak redha dengan gelaran yang diberikan juga satu dosa.

Dosa-dosa kita bagai pepasir di lautan,
banyak tidak tertanggung, Ya Allah

Tapi, Allah Maha Pengampun- Al-Ghaffar
Setiap mukmin tahu tentang itu
Persoalannya, adakah mahu kita berubah atau sebaliknya.
Tepuk dada tanya hati
tepuk dada tanya diri
Sesungguhnya api neraka itu tiada tolok bandingnya.
Ingatlah sehari kita didunia, seribu hari di akhirat sana.

Sekali lagi, Allah Maha Pengampun-Al-Ghaffar
dia sentiasa mendengar rintihan sedalam hati,
cubalah sembunyi, Dia CCTV terbaik sepanjang zaman
Sesungguhnya niat menjadi baik itupun dapat pahala
inikan pula betul menjadi baik.

Apa yang perlu, BERUBAH, BERUBAH, BERUBAH
Ianya perlu istiqamah, bukan untuk sehari dua
Inilah manusia, susah baru dicarinya
Bila senang, sejadah entah kemana.
Kadang kala, perubahan perlu paksaan.
Dari paksaan barulah datangnya Istiqamah
Kita akan menjadi ikhlas bukan lagi terasa dipaksa.

Terkadang dalam meniti perubahan,
Ujian datang tana kita undang,
Nafsu dan Syaitan kadang-kala bergabung sebagai pemusnah,
Ingatlah, Ujian datangnya dalam pelbagai rupa
Kaya, pandai, isteri yang cantik juga satu ujian
Apatah lagi uzur, miskin, kurang pandai itu semestinya satu ujian.
Ingat, Allah takkan menguji kita kalau kita tak mampu
Hadapi dan terus istiqamah

Sesungguhnya aku dan kalian adalah hambanya yang kerdil
Wallahualam.


Saturday, June 15, 2013

e-masalah teknologi

Assalammualaikum...


Dunia hari ini bergerak pantas disebabkan teknologi. Kepantasan teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin senang dan bergerak pantas seiring dengan kemajuan. Keunggulan jalur lebar telah membolehkan manusia berhubung sesama mereka tanpa sempadan. Hari ini, nenek di kampung, ibu dibandar, kawan di luar negara dapat berhubungan dengan adanya teknologi dan jalur lebar. Facebook hari ini mempunyai kira-kira 500 juta pengguna aktif. Inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.

Dalam teknologi menjadi wadah dalam pembangunan, perhubungan dan kemajuan, manusia tidak terlepas dari sifat 'bermasalah'. Walaupun teknologi dianggap sebagai BAIK untuk semua, tetapi bila ada sebahagian manusia yang menggunakan teknologi sebagai wadah untuk menghancurkan orang lain, masyarakat dan lebih menakutkan ialah dunia.



Kecurian identiti hari ini banyak berlaku. Tak kiralah dari kecurian identiti di Facebook mahupun kad kredit. Penjenayah hari ini lebih bijak dan pandai menggunakan teknologi sehinggakan dapat memusnahkan hidup seorang insan. Seseorang boleh diisytiharkan muflis jika penjenayah siber ini terus berbeluasa. Selain itu, kita juga dimestikan untuk mengetahui laman web yang selamat. Salah satu cara ialah dengan memastikan ada tanda 'https'.

Selain itu, kita sering terlepas pandang dengan perisian, video dan MP3 yang kita muat turun dari laman web. Perisian yang didapati secara percuma biasa adalah melanggar peraturan hak cipta. Hal ini bukan sahaja melanggar hak cipta, tapi seolah-olah mencuri kreativiti dan penat lelah oarang yang menghasilkan sesbuah produk atau karya.

Hari ini, saya boleh menulis tanpa ada halangan. Saya boleh menyuarakan pendapat dan sebagainya menerusi blog yang dimiliki. Tapi tahukah anda, ada terdapat ramai blogger yang selalunya tidak mendedahkan identiti mereka menggunakan blog sebagi medan menabur fitnah, menyampaikan berita tidak beretika juga menjadikan blog mereka menyebarkan video dan gambar-gambar porno.

Oleh itu, sebagai pengguna teknologi maklumat yang tanpa sempadan ini, marilah kita menanam sifat menjadi pengguna yang beretika.

-Selamat berteknologi.
*produce for 1Citizen


Saturday, May 18, 2013

Sekitar Istiadat Konvokesyen UiTM 78 Sidang 9

Assalammualaikum...

Alhamdulillah, setelah penat lelah menelaah pelajaran untuk bahagian Diploma, akhirnya kami diraikan pada satu sidang konvokesyen yang sangat meriah. Untuk makluman, pada sidang 9, semua graduan yang berada dalam Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam semuanya datang dari Fakulti Perakaunan. So, jumpalah kembali senior-senior yang dah grad sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Perakaunan. Bangga melihat abang-abang dan kakak-kakak dapat pakai selempang pink (kelas pertama). Bila tengok mereka, semangat nak dapat first class degree semakin berkobar-kobar.

Sidang pagi
Sidang 9 adalah diwaktu pagi. Jadinya seawal pukul 5 dah bersiap habak hang. Dia punya perasaan jangan cerita, teruja ada, gementar ada gembira pun ada. Aku memilih memakai baju warna ungu. Semangat UiTM sangatkan. Haha. Sebelum nak ke UiTM tu sempat lagi amik gambar dalam hotel.


UiTM sentiasa di hati
Pukul 7.30 dah kena beratur ikut nombor giliran. Dah lah nombor giliran aku yang ke 982. Amik kau masuk lorong paling belakang, paling terpencil dan panas. Masa nie semua dok cari kipas. Lepas tu tekak boleh kering pulak. Nasib baik jumpa Miera yang nama dekat dengan aku. Kalau tak, tak tau nak suruh sapa amikkan gambar aku.

muka menahan panas
Around 9 pagi barulah dapat masuk dalam dewan. Istiadat dimulakan dengan panggil student degree dulu. then barulah student diploma mengambil tempat. Bila nama disebut je naik, dengan tanpa rehearsal. Alhamdulillah, tak terjatuh, tak terpelecok. Cuma, nama aku jadi nama orang lain. Grrr. Apapun, Alhamdulillah. Segala penat lelah terbayar.

Tadaa. Nama dah bertukar
Lepas habis je keluar dewan, ofkos lah sesi berposing seratus gambar. Dah macam retis dah. haha. Terima kasih kepada emak dan abah atas sejambak bunga. Hakikatnya, terima kasih kepada mereka, kerana banyak bekorban untuk memastikan pelajaran anak-anak mereka terpelihara.

Terima kasih kepada UiTM kerana memberikan satu hari paling indah dalam sejarah kehidupan aku di atas muka bumi Allah ini. Mereka sangat organize semua benda. Susah mencari cacat cela (kecuali nama aku yang salah).










Ini adalah hadiah paling bermakna aku untuk diploma.Hadiah untuk kedua emak dan abah,
Hadiah hari guru kepada cikgu-cikgu dan pensyarah yang pernah mengajar aku. Juga, hadiah hari lahir in advance.
Doa aku, semoga aku sampai disini lagi dengan selempang pink. Amin

wassalam

kalau suka like:)